,
Highlights

Tiada Istilah Mulut Jahat, Hati Baik – Apa Yang di Mulut, Itulah di Hati! Suka Maki, Celupar Petanda HATI HITAM.

Afiza Kamarulzaman
14/09/2020
12:00 MYT
Entah di mana muncul falsafah, ‘mulut je jahat tapi hati baik’. Beberapa tokoh agama bersependapat, bahawa tidak akan wujud orang yang mulutnya jahat, hatinya tetap baik. Ini kerana apa yang diucapkannya itu lahir daripada hatinya sendiri. Apa yang difikirkan, itulah yang diungkapkan.
Mana ada orang yang melakukan sesuatu itu tanpa didorong oleh niat di hatinya. Jadi, tidak logik jika ada yang menganggap orang yang mulutnya kuat mencaci, maki-hamun, celupar, suka menyindir, mengumpat dan mengungkit sebagai orang yang baik dan akhlaknya mulia kerana salah satu ciri-ciri orang yang akhlaknya baik itu mestilah percakapannya juga baik.
Kredit Foto: Google
Buruk Percakapan, Buruklah Akhlak
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam syurga. Baginda SAW menjawab; maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.”
Maka, jelas di sini, mulut antara penyebab seseorang itu masuk ke neraka adalah kerana mulutnya. Apabila bercakap neraka, tentulah ia berkaitan dosa yang dilaknat Allah. Soal mulut jahat bukanlah perkara kecil, ia boleh membawa kita terjerumus ke neraka kelak. Adakah kita masih menganggap ia sebagai dosa ringan?
Dosa Besar Yang Melibatkan Hati Orang
“Sesungguhnya umatku yang muflis ialah orang yang pada hari kiamat datang dengan amalan solat, puasa, dan zakat, tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang daripada mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum terpenuhi. Selanjutnya, sebagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya ia dilemparkan ke neraka.” (HR Muslim)
Inilah dosa mulut dan keterlanjuran kata-kata yang melibatkan hati dan perasaan orang lain. Dosa dengan Tuhan, kita boleh mohon ampun terus kepada Nya, dan sesungguhnya Allah itu maha pengampun. Namun, jika dosa kita dengan orang lain, selagi orang yang kita sakiti itu tidak mahu mengampunkan, selama itulah dosa tersebut harus dipikul.
Kredit Foto: Google
5 Nasihat Untuk Kawal Percakapan
  1. Fikir masak-masak sebelum menghamburkan kata-kata. Jangan cepat membuat telahan dan tindakan. Tidak salah untuk melengahkan sesuatu respon itu demi satu tindakan yang tepat.
  1. Jika marahkan seseorang atau sesuatu, istigfar banyak-banyak. Jika hati disakiti, ambillah wuduk untuk memadam api kemarahan yang sedang membara.
  1. Sibukkan diri dengan aktiviti lain yang dapat memindahkan fokus kamu untuk bercakap kepada perkara lain. Lama-lama, ia akan hilang daripada mindamu dengan sendirinya.
  1. Berkawanlah dengan orang yang baik akhlaknya. Jauhkan diri daripada orang yang suka cakap lepas. Minta nasihat kepada mereka yang baik percakapannya juga.
  1. Berdiamlah jika tiada perkara baik untuk dikatakan. Diam itu juga ibadah jika dapat mengelakkan kamu daripada berkata perkara yang sia-sia dan menyakiti orang yang mendengar.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pakai Tudung Bidang 60, Tapi Mulut Jahat Busuk Macam Longkang”- Noorkhiriah Dikecam Netizen

gempak
06/06/2018
04:00 MYT
BorakSeeni