,
Highlights

Tiada Salahnya Jadi SURI RUMAH – Bab Takut Suami Berubah, Itu Kuasa Tuhan. Yang Bekerja Pun Ada Ujiannya.

Afiza Kamarulzaman
25/09/2020
14:43 MYT
Desakan ekonomi sekarang ini menyaksikan ramai pekerja diberhentikan dan kebanyakannya para wanita. Ada juga wanita yang memilih untuk berhenti kerja atas faktor rumah tangga di mana anak-anak memerlukan lebih komitmen untuk diuruskan. Suami pula bekerja tidak tentu waktu, maka bagi suami yang mampu, isteri diminta untuk berkorban.
Sama ada pilihan sendiri atau terpaksa, menjadi suri rumah bukanlah suatu ‘pekerjaan’ yang harus dipandang rendah. Ia satu pekerjaan yang tinggi nilai dan maruahnya, tidak kira di sisi agama mahupun keluarga. Tidak ramai wanita sanggup meninggalkan kedudukan tinggi dengan gaji yang lumayan.
Apatah lagi, bagi wanita yang bekerja, waktu bekerjalah waktu untuk mereka ‘melarikan’ diri seketika daripada tekanan di rumah; melayani kerenah anak-anak. Bukanlah semua tetapi kebanyakan wanita pasti setuju, komitmen di rumah ada kalanya lebih menekan berbanding di pejabat. Di tempat kerja, setidak-tidaknya kita punya teman untuk melapangkan fikiran.
Kredit Foto: Google
Kisah Benar – Isteri Ini Berhenti, Tapi Dengan Syarat
Seorang kawan saya ada mengadu. Dia baru berhenti kerja daripada posisi Pegawai Kanan dengan gaji tujuh ribu lebih sebulan. Dia terpaksa tinggalkan semua keselesaan lapan tahun bekerja atas desakan suami yang meminta dia menguruskan tiga anak mereka yang sedang membesar.
Seorang daripada anak mereka ada penyakit sawan. Jadi, keraplah kena serangan. Suami pula sudah berpangkat besar dan selalu kerja di luar daerah, pastinya tidak mampu untuk membantu menguruskan anak selalu. Atas nama pengorbanan, kawan saya ini pun berhenti. Memang ramai tidak bersetuju dengan keputusannya itu.
Mak dan ayahnya antara orang yang paling kuat menentang. Kata emak, “Nanti kalau laki kamu tinggalkan kamu, kamu nak makan apa?” Kata ayah pula, “Kamu belajar sampai universiti, nak buat apa? Bakar je ijazah tu!” Berbulan juga mak dan ayahnya tidak mahu menegurnya. Bimbang agaknya, anaknya itu sudah tidak mampu memberinya wang bulanan.
Namun, kata kawan saya ini, sebelum berhenti dia ada membuat perjanjian dengan suami. Suaminya bergaji 10 ribu sebulan. Isteri mahu suami menanggung semua hutang isteri – lulus! Isteri juga mahu suami memberinya duit bulanan RM1500 sebulan – lulus! Isteri minta suami hulurkan duit bulanan sebanyak RM500 sebulan kepada ayah dan ibunya di kampung – juga lulus!
Namun, isterinya tidak berhenti terus. Isterinya mahu buat eksperimen terlebih dulu. Maka, si isteri ini mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan dahulu untuk melihat bagaimana suami mampu mengotakan janjinya dan adakah dia sendiri mampu menjadi suri rumah yang baik? Maka, setelah selesai tempoh percubaan tiga bulan itu dan ternyata semuanya okey, barulah si isteri ini meletakkan jawatan secara total.
Kredit Foto: Google
Suri Rumah Harus Bersedia Fizikal dan Mental
Hakikatnya, menjadi suri rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah pekerjaan paling berisiko dan menuntut banyak pengorbanan. Namun, ia lah pekerjaan paling ikhlas dan berkat dilakukan kerana dilaksanakan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dan tidak mungkin termakan gaji yang tidak halal (secara curi tulang atau lain-lainnya).
Mental dan fizikal harus kuat untuk kekal sebagai suri rumah yang bahagia dan ceria. Sekalung penghargaan buat semua suri rumah di seluruh dunia. Apa pun, persediaan harus ada agar tidak tertekan dan menekan diri. Ketabahan suri rumah penentu kebahagiaan rumah tangga.
Daripada segi material, tidak dinafikan suri rumah terpaksa korbankan sedikit keinginan diri seperti pembelian yang tidak perlu seperti baju-baju dan sebaginya. Kalau dulu bergaji penuh, setiap bulan bolah lunaskan sapa saja terdetik di hati. Walaupun suami berikan duit, namun kena pandai mencatu juga.
Suri rumah juga diingatkan untuk ada sedikit duit simpanan yang tidak diketahui suami. Bukan menipu atau membelakangkan suami, tetapi ia untuk kegunaan kecemasan. Kita tidak tahu apa yang berlaku esok lusa. Ia juga untuk kegunaan anak-anak jika diperlukan suatu hari nanti. Simpan saja, tak rugi apa pun.
Bab hati suami mahu berubah atau tidak, janganlah dirunsingkan. Hati manusia bukan milik kita, ia dipegang Tuhan. Kalau pun kita bekerja hebat, bergaji lumayan, kalau suami mahu berubah hati, dia berubah juga. Jadi, jagalah diri sendiri dengan persediaan serba sedikit. Itu sudah memadai. Yang lain, serahkan kepada sang pencipta.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

gempak
04/10/2024
07:25 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof meluahkan rasa syukur  apabila abangnya, Syamsul sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Viral

Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Saat Akhir, Keluarga Belah Lelaki Terpaksa Tebalkan Muka - “Pelamin Yang Indah Namun Jiwaku Gelap”

gempak
02/10/2024
05:55 MYT
Tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga dalam keadaan bersedih tetap meneruskan majlis perkahwinan tanpa dihadiri pengantin perempuan.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
BorakSeeni