Tidur adalah nikmat anugerah Tuhan kepada umat Nya untuk caj kembali tubuh badan yang penat seharian bekerja. Tanpa tidur yang berkualiti ia menyebabkan seseorang akan berasa letih pada keesokan harinya. Ia secara tidak langsung menganggu kesihatan dan gaya hidup seseorang.


Malah kajian juga mendapati, seseorang yang mengalami gangguan tidur cenderung untuk mengalami depresi, masalah psikologi, kemurungan dan sebagainya. Sekiranya kamu berdepan dengan masaah susah tidur malam yang berlarutan, kamu seharusnya mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.



Kredit Foto: Google



10 Tips Pujuk Mata Untuk Lelap Tanpa Ubat:

  1. Bersiap sedia untuk tidur apabila kamu sudah betul-betul mengantuk. Beberapa orang mengatakan bahawa mereka cuba untuk tidur lebih awal sekitar jam tujuh ke lapan malam. Malangnya, mereka hanya berbaring dan tetap sukar memejamkan mata. Sebagai alternatifnya, kamu hanya perlu mengatur jadual tidur ketika benar-benar mengantuk. Jika biasanya kamu mengantuk pukul sembilan malam, maka jangan bersiap awal dari itu. latih selalu, lama-kelamaan tubuh akan mendapatkan signal untuk terlelap di tempat tidur tepat waktu.

  1. Jangan tidur di sofa keraa kamu cenderung lebih mudah terlelap saat duduk di sofa. Cuba latih tubuh agar terbiasa tidur di tempat tidur yang sebetulnya.

  1. Lakukan latihan pernafasan dengan teknik 4-7-8. Cuba untuk relaks, agar tubuh dan fikiran lebih santai. Amalkan latihan pernafasan di bawah ini:

  1. Catat di kertas tentang hal-hal yang Anda pikirkan. Misalnya, agenda kegiatan yang harus dilakukan besok atau tugas-tugas yang belum terselesaikan.

  1. Tinggalkan kamar tidur sejenak, jika kamu sering terbangun di malam hari dan tidak dapat tidur lagi. Tidak perlu memaksa diri. Bangunlah dan pindah ke ruang lain. Lakukan sesuatu yang menyenangkan sampai kamu berasa kembali mengantuk. Sebagai contoh, jika minum air kegemaranmu dapat melegakan, minumlah. Namun, jangan makan terlalu kenyang.

  1. Buat suasana kamar menjadi nyaman. Kamar yang terlalu terang, bising, dan panas atau dingin boleh menyebabkan kamu susah tidur. Maka, ubahlah suasana bilik tidur mengikut keselesaan diri untuk mudah terlelap.

  1. Kurangkan penggunaan gajet pada waktu malam. Cara mengatasi susah tidur lainnya adalah jangan melakukan aktiviti yang akan membuat kamu semakin terjaga. Seperti melayan telefon, menonton TV, atau game. Ingat, blue light yang dipancarkan oleh gajet akan semakin membuat kamu terjaga dan sukar tidur.

  1. Kurangkan waktu tidur siang. Tidur siang yang terlalu lama dan terlalu dekat ke jam tidur malam membuatkan kamu susah untuk mengantuk pada malamnya. Sebaiknya, batasi waktu tidur siang hanya 30 minit saja dan lakukannya sebelum pukul tiga petang sahaja.

  1. Kurangkan pengambilan kafein. Kafein boleh membuat kamu terjaga sepanjang malam. Kafein tidak hanya terdapat pada kopi, tapi juga teh, minuman bersoda dan minuman penambah tenaga. Sebagai pengganti, ambillah minum susu suam sebagai salah satu cara mengatasi susah tidur yang efektif. Kamu juga tidak disarankan mengambil kafein selepas pukul dua petang.

  1. Berolahraga secara teratur seperti berenang dan jalan kaki untuk mengurangkan tekanan akibat pekerjaan atau masalah peribadi lainnya. Namun, jangan lakukan olahraga yang terlalu berat. Latihan terlalu berat akan buat adan terjaga sepanjang malam juga.
Kredit Foto: Google