Roda Panas siaran Astro Naura setiap Isnin jam 9.30 malam ini kebiasaannya menjemput tetamu lelaki sebagai jemputan. Maklumlah bercakap perihal kereta, kan tentulah lelaki selayaknya. Namun, berbeza untuk episod 7 ini, pertama kalinya menjemput seorang wanita dengan dua koleksi kenderaan miliknya.


Tinie Sulaiman seorang usahawan kosmetik berjaya rupanya seorang peminat kereta mewah. Tidak hanya minat, malah beliau juga arif tentang seluk-beluk dan jenama sesebuah kereta itu. Walau selalu kita dengar wanita hanya tahu ‘bawa kereta’ saja, hakikatnya Tinie mampu mengupas panjang-lebar perihal enjin, aksesori dan hal-hal terperinci sebuah kereta itu.






Dua Kenderaan Kesayangan Tinie


Dalam program itu juga, Tinie berbesar hati belanja hos Roda Panas, Remy Ishak mencuba dua kereta kesayangannya iaitu Lamborghini Huracan dan Nissan GT-R. Walaupun memiliki beberapa buah kenderaan lainnya, dua kereta ini menjadi antara koleksi yang paling disayanginya. Tidak hairanlah beliau boleh menjawab apa saja soalan berkaitan tentang kenderaan ‘liar’ itu.


Sedikit info mengenai Lamborghini Huracan (LP 610-4);

Info mengenai Nissan GT-R (R35)