Tinie Sulaiman Belanja Remy Ishak Naik LAMBORGHINI HURACAN Berharga 1.6 Juta dalam Roda Panas
Afiza Kamarulzaman
24/05/2021 09:40 MYT
24/05/2021 09:40 MYT
Roda Panas siaran Astro Naura setiap Isnin jam 9.30 malam ini kebiasaannya menjemput tetamu lelaki sebagai jemputan. Maklumlah bercakap perihal kereta, kan tentulah lelaki selayaknya. Namun, berbeza untuk episod 7 ini, pertama kalinya menjemput seorang wanita dengan dua koleksi kenderaan miliknya.
Tinie Sulaiman seorang usahawan kosmetik berjaya rupanya seorang peminat kereta mewah. Tidak hanya minat, malah beliau juga arif tentang seluk-beluk dan jenama sesebuah kereta itu. Walau selalu kita dengar wanita hanya tahu ‘bawa kereta’ saja, hakikatnya Tinie mampu mengupas panjang-lebar perihal enjin, aksesori dan hal-hal terperinci sebuah kereta itu.
Dua Kenderaan Kesayangan Tinie
Dalam program itu juga, Tinie berbesar hati belanja hos Roda Panas, Remy Ishak mencuba dua kereta kesayangannya iaitu Lamborghini Huracan dan Nissan GT-R. Walaupun memiliki beberapa buah kenderaan lainnya, dua kereta ini menjadi antara koleksi yang paling disayanginya. Tidak hairanlah beliau boleh menjawab apa saja soalan berkaitan tentang kenderaan ‘liar’ itu.
Sedikit info mengenai Lamborghini Huracan (LP 610-4);
Info mengenai Nissan GT-R (R35)

- Ia dibeli pada harga 1.6 juta
- Angka 610 membawa maksud jentera ini memiliki 610 metric Horsepower, 4 pula bermaksud jentera ini dipacu oleh keempat-empat tayar.
- Jentera ini juga dikenali dengan kod LP610-4. LP membawa makna Longitudinale Posteriore yang bererti enjin menegak di belakang tengah jentera,
- Ia meluncur sehingga 325km sejam.
Info mengenai Nissan GT-R (R35)
- Dikenali dengan kod R35 dan merupakan GTR pertama yang tidak menggunakan platform skyline.
- Bersifat 4WD on demand ATESSA-ETS bermaksud kuasa kepada tayar hadapan cuma diberi ketika tayar belakang hilang cengkaman dan ketika tayar belakang hilang cengkaman dan ketika memecut daripada keadaan pegun.