gaya hidup
Tips Murah Rezeki – WAWA ZAINAL Bahagiakan Ibu Kandung, Walau Ibu Itu Tidak Membesarkannya...
Semalam, pelakon cantik dan usahawan berjaya, Wawa Zainal sempat meraikan hari jadi ibu kandungnya. Baru penulis tahu rupa-rupanya Wawa tidak dibesarkan sendiri oleh ibu kandungnya.
Namun, menerusi postingnya di akaun Instagram miliknya, beliau sempat menitipkan tips kepada penikutnya agar terus membahagiakan orang tuamu walaupun kita tidak dibesarkan oleh mereka.
Menurut Wawa, dia sentiasa cuba bersikap adil kepada kedua-dua ibunya, yakni ibu yang melahirkan dan yang membesarkannya selama ini.
Sayangi mereka...kasihi mereka...selagi masih ada...
Katanya lagi, memetik nukilan Bunga Citra Lestari; “Hargai waktu yang dipunya...” Wawa akan ingat kata-kata itu untuk selama-lamanya agar menghargai setiap detik kenangan yang masih dipinjamkan Illahi.
Tahniah Wawa yang berjiwa besar dan Selamat Hari Jadi buat ibunya.
Must-Watch Video