Tips ‘Selfie’ DATO SITI NURHALIZA yang Paling MELETOP — Anda Mesti Cuba Kalau Mahu Banyak 'Like'
Kredit foto: Instagram @ctdk
PENYANYI nombor satu negara antara selebriti kesayangan ramai yang sememangnya suka ber’selfie’ atau berswafoto. Raut wajah Dato’ Siti yang bersahaja membuat followers teruja menatap foto terbaru di laman sosial miliknya. Ini tips Dato’ Siti yang anda boleh cuba.
Biasanya bila waktu yang paling ‘best’ untuk Dato’ Siti ‘selfie’?
Biasanya Siti tak kisah, jika tidak sibuk, sama ada tengah menunggu giliran untuk show ataupun di dalam kereta.
Gambar ‘selfie’ Dato’ Siti yang paling banyak dapat ‘like’?
Kenapa? Siti tak ingat, banyak sangat gambar yang Siti muat naik tetapi biasanya gambar close-up Siti yang ramai 'like'.
Lima tips ‘selfie’ yang cantik daripada Dato’ Siti?
Hehehe... Siti tak ada tips, Siti jenis snap je, mana okey Siti upload foto itu di akaun Instagram misalnya. Tetapi apabila dah bersiap dengan mekap, kita dah pakai proper, rasa lebih cantik biasanya.
‘Selfie idol’ yang paling Dato’ Siti minat atau suka tengok?
Suka tengok gambar-gambar Miranda Ker, model antarabangsa.
Selalunya lagi ramai yang kutuk atau puji?
Foto ‘selfie’ yang dipos, kebanyakannya original atau Dato’ sudah edit?
Ada kedua-duanya, jika nak tambah efek boleh saja edit dengan application yang dah sedia ada di telefon.
Komen Dato’ tentang ‘selfie’ yang bisa timbulkan kontroversi?
Biasanya tentang penampilan, biasalah dengan komen yang macam-macam. Jika menjatuhkan maruah biasanya Siti delete atau komen yang keterlaluan, adakala Siti blocked terus.