Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tips Solekan Smokey Eye Lebih Classy dan Tak Jemu Dipandang – Idea Juru Solek Terkemuka, Deq Sha.

Afiza Kamarulzaman
30/11/2019 15:17 MYT

Suka dengan solekan smokey eye atau solekan mata berkabut? Tetapi sudah bosan dengan aplikasi yang serupa sahaja? Apa kata berikan sedikit kelainan dan nafas yang segar dengan cara gadis ini. Tutorial yang dipandu oleh jurusolek terkenal, Deq Sha ini memberikan sentuhan moden dan classy yang sesuai digayakan ke majlis glamor juga acara malam yang pasti buat kamu diburu setiap mata yang memerhati.




Kredit Foto: FB Deq Sha




Ayuh, ikuti langkah demi langkah idea solekan daripadanya:




Wajah model sebelum disolekkan
Kredit Foto: InTrend Malaysia




Kredit Foto: InTrend Malaysia



LANGKAH 1:
Selepas sapuan eye base, leretkan pembayang mata krayon rona hitam pada kelopak.





Kredit Foto: InTrend Malaysia



LANGKAH 2:
Ratakan warnanya dengan berus dan layangkan pembayang coklat gelap di atasnya.






Kredit Foto: InTrend Malaysia



LANGKAH 3:
Leretkan rona yang sama di bawah garis mata hingga ke hujungnya.




Kredit Foto: InTrend Malaysia



LANGKAH 4:
Sepuhkan pembayang rona emas pada tengah kelopak mata.





Kredit Foto: InTrend Malaysia



LANGKAH 5:
Cuitkan rona hijau pekat pada hujung luar kelopak mata. Adun sempurna.




Kredit Foto: InTrend Malaysia



Nah, siap sempurna! Sedia untuk melangkah penuh yakin.







#MUA #Makeover #Tutorial Solekan
;