Bagi pengikut Instagram @hrhcrownprinceofjohor pasti sudah maklum apabila pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik beberapa posting di Instastory siang tadi. Muat naik itu dikatakan berkaitan dengan prestasi merosot pemain bola sepak berbakat besar Safawi Rasid yang sedang hangat bercinta dengan Syifa Melvin.


Kredit Foto: IG hrhcrownprinceofjohor


Terbukti Tunku Ismail naik berang melihat prestasi dan mutu persembahan Safawi kerana dikhabarkan ia turut dipengaruhi dengan isu peribadi yang melanda antara Safawi dan Syifa Melvin. Tidak dapat dipastikan kesahihannya dan rentetan itu, bermulalah muat naik beberapa Ig story Tunku yang tidak senang melihat perkara ini berlanjutan hingga mengganggu fokus Safawi yang sepatutnya beraksi cemerlang di padang.


Kredit Foto: IG hrhcrownprinceofjohor


Mulanya enggan mengulas malah ketika tinjauan awal InTrend Malaysia mendapati, akaun Instagram Syifa Melvin di 'private'. Hinggalah tidak lama selepas muat naik Instastory Tunku Ismail, Syifa Melvin tampil mempertahankan diri dan menafikan dirinya menjadi punca Safawi hilang fokus. Status tersebut dimuat naik Syifa di Instagramnya yang menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mendesak Safawi untuk berkahwin. Status tersebut meraih pelbagai komen dan reaksi netizen. Ada yang berpihak kepadanya dan tidak kurang juga yang menghamburkan cacian dan kecaman.



Kredit Foto: IG Syifa Melvin

Biar apapun yang berlaku, di harap Safawi kembali bangkit dan profesional dalam mengendalikan tugasnya bagi membantu skuad JDT terus melakar kejayaan musim ini. Dan dalam masa sama mampu bertindak wajar dengan menangani isu peribadi sebaik mungkin.