,
gaya hidup

Tolonglah! Ambil Iktibar Dari Kes Covid-19 Di India. Sebab Apa? Semua Dah Penat, Keadaan Pun Makin Tenat.

Huda Hussain
01/05/2021
02:00 MYT
Sama ada sedar atau tidak barisan hadapan kita sudah mula mula ‘burn out’. Masakan tidak, sejak tahun lalu hingga hari ini pandemik Covid-19 masih belum menampakkan tanda-tanda akan lenyap daripada kita semua. Bahkan kita diingatkan untuk beradaptasi ‘dengannya’ dalam beberapa tahun terdekat ini.
Kredit Foto: Telegram MKN
Melihat kepada angka kes positif yang direkodkan setiap hari, terbukti menampakkan trend peningkatan yang kian mendadak. Tidak mustahil angka ini akan mencecah 4,000 tidak lama lagi kalau dalam kalanin kita masih ingkar SOP. Sana sini ada sahaja kluster baru, sekolah dan tadika mulai ditutup di beberapa lokaliti. Apatah lagi dengan situasi umat Islam bakal menyambut Aidlilfitri tidak lama lagi, ada kewajaran untuk kita berasa bimbang dan ambil peranan masing-masing. Dan jika beginilah trend nya, tak mustahil sampai hadapan pun kita takkan boleh balik kampung untuk beraya seperti tahun-tahun sebelumnya.
Kredit Foto: Google
Belajar Dari India Pasti semua maklum dengan apa yang berlaku di India kini. Seperti yang dimuatnaik laman Facebook Pena Celoreng, situasi yang berlaku di India amat menakutkan.
Varian Covid-19 Yang Menakutkan Pakar Perubatan
Seorang rakan saya di India yang juga anggota tentera memaklumkan kepada saya bahawa dua orang rakan kami yang bertugas sebagai barisan hadapan di New Delhi telah terkorban. Beliau menjelaskan kepada saya bagaimana suasana jangkitan dan kesan Covid 19 di India.
Kredit Foto: Google
Pada beberapa jam yang lalu, kes jangkitan Covid di India telah melebihi 18 juta dan dengan kadar 300,000 kes sehari, tidak mustahil naik ke 19 juta dalam masa terdekat. Catatan jangkitan semalam ialah 379,257 orang sehari. Malah, pakar perubatan India mengandaikan jumlah kes mungkin lebih besar pada kadar 5 ke 10 kali ganda kerana terdapat banyak kes terpencil yang tidak di laporkan khususnya di kawasan pedalaman.
Lokasi pembakaran mayat yang pada mulanya dibuat di kawasan yang dikhaskan, kini telah di buat di banyak kawasan umum seperti jalan raya, padang, dan apa sahaja kawasan lapang. Mayat bergelimpangan sehingga tiada siapa yang peduli.
Kredit Foto: Google
Kerajaan Rusia telah menghantar bantuan 20 x concentrate oksigen bersama 20 tan ubat. Manakala Amerika Syarikat pula menghantar 1000 oksigen silender dan 1 juta test kid.
Di India terdapat tiga varian Covid 19 yang menakutkan pakar perubatan kerana varian ini tidak lut dengan semua jenis vaksin yang ada. Sedangkan rakyat India baru 9% sahaja yang telah divaksinkan. Tiga varian tersebut ialah B117, B1351 dan B1128.
Kredit Foto: Facebook Pena Celoreng
Apa yang ingin saya sampaikan dalam tulisan ini ialah dua dari varian yang menakutkan tersebut iaitu B117, dan B1351 telah pun menjangkiti pesakit di dalam negara. Varian ini mampu menembusi reseptor orang muda atau yang kuat antibodi.
Lihatlah gambar-gambar yang saya sertakan. Adakah ini masih tidak boleh menyedarkan kita dari mematuhi SOP? Adakah ini menghalalkan kita mengatakan ekonomi lebih penting dari nyawa? Adakah ini masih menggelikan kita apabila pasukan keselamatan mengeluarkan saman?
Kredit Foto: Google
Adakah kita masih ingin kerajaan membuka sempadan negeri? membenarkan sambutan keramaian? Adakah kita masih seronok nak ke pasar ramadan tanpa SOP yang ketat? Bagi kita kita yang mematuhi SOP, saya SALUTE anda.
Bagi yang banyak macam-macam, Covid-19 tak heranpun dengan macam-macam anda. Kalau degil juga tak nak patuhi SOP, tak nak amalkan new normal; itu hal anda tapi kasihanlah kami BARISAN HADAPAN. Tolonglah brader!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Duduk Dengan Kepala Anak Dipenggal Kerana Pertikaian Nak Sambut Diwali

gempak
02/11/2024
02:49 MYT
Seorang warga emas di India sanggup duduk dan memangku kepala anaknya yang telah dipenggal kerana terlibat dalam pertikaian tanah pusaka.
Viral

Bengang Dengan Majikan, Orang Gaji Campur Air Kencing Dalam Makanan!

gempak
19/10/2024
11:49 MYT
Seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai orang gaji di Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh, India, ditahan polis selepas memasukkan air kencing dalam makanan keluarga majikannya.
Viral

Janji Bayar Tunai RM6,300, Pembeli iPhone Cekik & Buang Mayat Penghantar Barangan

gempak
04/10/2024
14:00 MYT
Kehilangan seorang penghantar barangan berakhir tragedi apabila mati dibunuh oleh pembeli yang memesan telefon model terkini iPhone.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Unitar