Kemunculan Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung kelmarin amat dinantikan rakyat Malaysia. Dan itulah kemunculan pertama beliau setelah menjalani 14 hari menjalani kuarantin.


Beliau diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin itu selepas dikategorikan sebagai kontak rapat kes positif virus Covid-19 melalui salah seorang pegawainya. Muhyiddin menjelaskan keputusan negatif diperolehnya adalah hasil amalan normal baharu terutama dalam penjarakan sosial. Selepas jangka masa 14 hari itu, syukur Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif daripada Coronavirus.


"Sejak dua minggu yang lalu, saya menjalani kuarantin di rumah kerana dikategorikan sebagai kontak rapat seorang pegawai kerajaan yang disahkan positif COVID-19. Apa yang berlaku ini tidak dijangka tetapi inilah sifat virus yang sedang kita hadapi. Namun, Alhamdulillah keputusan saringan saya dan semua kontak rapat yang lain adalah negatif. Saya fikir antara sebabnya ialah penjarakan sosial yang sentiasa diamalkan dalam semua mesyuarat dan pertemuan yang saya hadir.”



Kredit Foto Google



Penjarakan Sosial Benteng Pelindungan Diri

Menerusi pengalamannya itu, beliau menasihatkan supaya semua rakyat mengamalkan penjarakan sosial walau di mana berada kerana ia berupaya menjadi benteng terakhir daripada ancaman jangkitan virus terbabit.


"Ini menunjukkan betapa pentingnya kita mengamalkan penjarakan sosial untuk mengelakkan diri kita daripada dijangkiti virus ini. Jadi, nasihat saya kepada saudara-saudari amalkanlah penjarakan sosial walau di mana sahaja saudara-saudari berada," katanya.


Inilah yang menjadi penyelamat kepada beliau dan kumpulan ahli mesyuarat tempoh hari kerana mengamalkan SOP yang telah disarankan Kementerian Kesihatan antaranya penjarakan sosial ketika bekerja dan menghadiri mesyuarat. Ternyata, Covid-19 ini berjaya ditangkis dengan tidak mendekatkan diri sesama mereka.


Katanya, amalan normal baharu dapat dilihat apabila banyak premis memudahkan pelanggan dengan hanya mengimbas Kod QR tanpa lagi perlu mendaftar nama dan nombor telefon di dalam buku. Malah, rakyat sabar berbaris sebelum memasuki premis seperti di pasar raya dan kedai makan dengan mengamalkan penjarakan sosial.



Kredit Foto The Sun