Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tujuh Tahun Menjanda – “Saya Takut Kalau Suami Baru Tak Mampu Sayang Anak Saya Seperti Anak Sendiri,” - SYURA

Afiza Kamarulzaman
09/07/2021 02:17 MYT
Rancangan Rumah No 107 siaran Astro Warna, setiap Jumaat jam 9 malam, kali ini mengundang penyanyi Syura untuk berkongsi cerita dengan sembang secara online. Mengimbas detik awal sebagai penyanyi, Syura sempat bercerita perihal dibaling telur oleh peminat fanatik!


“Ketika era penyanyi kumpulan lelaki remaja sedang ‘hot’, tidak dinafikan nama-nama kumpulan seperti New Boyz menjadi fenomena. Dan, kami sebagai penyanyi perempuan remaja waktu itu turut terpalit sama setiap kali berkongsi show yang sama.


Satu masa dulu, saya pernah digosipkan dengan Syuk dari kumpulan New Boyz manakala teman saya, Siti Nordiana dengan Tomok. Nak dijadikan cerita kami mengadakan show yang sama. Tak disangka-sangka kami dibaling telur oleh peminat New Boyz! Sedangkan kami tak ada apa-apa hubungan pun sebenarnya,” cerita Syura.

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)






Kisah Cerai dan Menjanda Lama


Saat ditanya apakah detik paling ‘down’ dalam hidup Syura, jelas Syura, “Selain kehilangan arwah Abah yang sangat Syura sayangi, fasa penceraian juga menjadi detik hitam dalam kehidupan Syura.


Waktu itu teruk Syura dikecam kerana sebelum bercerai nama Syura kembali diperkatakan selepas memenangi pertandingan Master Chef. Jadi, orang menuduh Syura lupa diri dan sengaja bercerai sebab ada orang lain. Sedangkan orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.”


Syura yang sudah tujuh tahun menjanda belum terfikir untuk mencari ganti. Bukan serik Cuma menurut Syura dia agak takut apabila memikirkan soal anak. Syura bimbang jika ditakdirkan dia mengandung lagi, Syura terfikir adakah suami barunya itu mampu menyayangi anak tirinya seperti anak sendiri?


Apa pun, Syura tidak menolak jika satu hari nanti bertemu jodoh yang lebih baik.




#Janda #Syura #hiburan #Rumah 107