Memetik temu bual eksklusif bersama Dr Azura Hanim Hashim, seorang usahawan online juga bertindak sebagai Neuro Linguistic Programme (NLP) Coach dan pakar analisa tulisan tangan banyak memberi input dan pengetahuan bermanfaat. Beliau mempunyai minat mendalam untuk membantu usahawan baru meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka secara langsung meningkatkan potensi mereka. Menerusi seminar, sesi perkongsian, coaching juga nukilan bukunya telah membantu ramai orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang meningkatkan prestasi dan memperbaiki personaliti.


Kredit Foto: Google


Pengenalan mengenai analisa tulisan tangan, jika boleh dihuraikan secara ringkas?
Pendekatan analisis tulisan tangan sebenarnya sudah lama diguna pakai namun tidak dipraktikkan secara meluas di negara kita. Malah dalam mahkamah atau bidang forensik di luar negara misalnya, ia turut diaplikasi untuk mengenal pasti dalam soal menjatuhkan hukuman, mencari pesalah dan sebagainya.

Selain itu analisis ini turut memainkan peranan dalam mencari staf di bahagian Sumber Manusia sesetengah organisasi atau syarikat. Hal ini kerana, analisis tulisan tangan adalah sebahagian daripada cabang Psikologi. Malah, analisis ini adalah salah satu teknik yang mudah, pantas dan berketepatan tinggi kerana tulisan tangan tidak menipu. Apa yang hadir melalui tulisan tangan sebenarnya tercetus daripada apa yang berada dalam pemikiran kita ketika itu.


Kredit Foto: Google


Apa jua yang berada dalam minda separa sedar kita yakni apabila kita bergerak (tangan sedang menulis) ia menghantar mesej-mesej dari otot-otot pada tangan maka terhasillah lenggok-lenggok tulisan tangan. Dan lenggok-lenggok tulisan tangan inilah yang membawa kepada penemuan blueprint kehidupan kita misalnya apa yang sudah dilalui sewaktu zaman kecil, bagaimana kita dididik dan sebagainya itulah yang memperlihatkan karakter seseorang. Apakah kekuatannya, kelemahan dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan seseorang yang sering berubah-ubah tulisan tangannya? Adakah ia juga menggambarkan sifat keperibadiannya?
Saya tidak menafikan ada kebenaran pada kenyataan tersebut. Faktor tulisan tangan berubah-ubah sebenarnya didorong beberapa faktor tertentu. Pertama ia bergantung kepada emosi ketika menulis. Misalnya, tulisan tangan jika seseorang itu gembira lain lenggoknya.


Kredit Foto: Google


Begitu juga jika seseorang itu diselubungi aura negatif, dalam keadaaan marah atau sedih misalnya; itu semua akan mempengaruhi tulisan tangan. Seterusnya, jika tulisan tangan seseorang berubah-ubah, personalitinya juga berubah-ubah.

Ada juga segelintir daripada kita apabila tulisan dalam mood yang biasa atau apabila menulis laju tulisan tangannya akan berubah. Namun dalam skop ini, setiap unit dan karakter sesuatu huruf tidak akan berubah.


Kredit Foto: Google


Contohnya, ketinggian palang pada huruf t kecil melambangkan tingkat keyakinan dan matlamat seseorang. Lazimnya unit dan karakter huruf-huruf ini tidak akan berubah biarpun ia ditulis dalam kelajuan yang biasa atau laju.


Tulisan tangan di analisa berdasarkan kepada teknik apa? Jika boleh dihuraikan dengan lebih lanjut mungkin?
Secara asasnya saya dapat kategorikan tulisan tangan kepada sembilan faktor asas iaitu:


Kredit Foto: Google

1. Margin: Jika tulisan di margin kanan menggambarkan si penulis mempunyai kisah pada zaman silamnya. Jika tiada tulisan pada margin ia bermaksud si penulis gusar tentang masa depannya.



Kredit Foto: Google


2. Baseline: Sama ada ia ditulis ke atas atau ke bawah, menurun, cembung atau cengkung.



Kredit Foto: Google



3. Slanting: Tulisan ke kanan.


Kredit Foto: Google


4. Space: Jarak di antara huruf, perkataan, barisan atau perenggan.


Kredit Foto: Google


5. Saiz: Sama ada tulisan berhuruf kecil atau besar.


Kredit Foto: Google


6. Pressure: Sama ada tulisan tangan itu menekan atau tidak.


Kredit Foto: Google


7. Cursive: Tulisan bersambung.


Kredit Foto: Google


8. Zon: Sama ada tulisan tangan di tulis atas atau bawah.


Kredit Foto: Google


9. Speed: Tulisan tangan laju atau perlahan. Graphotheraphy Progress pula merujuk kepada terma yang saya pelajari dalam modul tulisan tangan daripada luar negara. Change your handwrinting, change your life kerana ia diperakui dan saya sendiri mempraktikkannya. Apabila saya ubah tulisan tangan saya, ia menjadi jauh lebih mudah.


Kredit Foto: Google


Graphotheraphy Progress pula merujuk kepada terma yang saya pelajari dalam modul tulisan tangan daripada luar negara. Change your handwrinting, change your life kerana ia diperakui dan saya sendiri mempraktikkannya. Apabila saya ubah tulisan tangan saya, ia menjadi jauh lebih mudah. Saya buang sifat ‘sentap’ dan tidak yakin pada diri. Contohnya, melalalui carta ini, cuba tulis setiap malam dan latih diri. Misalnya jika tidak yakin, naikkan huruf ‘t’ untuk tingkatkan keyakinan diri. Jika mahu lebih berfikiran terbuka buka huruf ‘e’. Jika mahu kekalkan momentum positif tulis secara menaik ke atas. Dan anda dapat lihat hasilnya.


Sejauh mana analisa tulisan tangan memberi ketepatan dalam menterjemahkan karakteristik atau sifat peribadi seseorang?
Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini dan sudah lebih seribu tulisan tangan saya lihat; apa yang boleh saya simpulkan daripada segi ketepatan ia hampir menepati 85 hingga 90 peratus karakter seseorang.


Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tulisan tangan seseorang?
Selain emosi, blueprint kehidupan seseorang, bagaimana dibesarkan, cara dididik dalam keluarga.



Kredit Foto: Google


Adakah tulisan tangan mencerminkan atau melambangkan bentuk fizikal seseorang?
Tidak kerana tulisan tangan tidak menggambarkan sama ada si penulis itu kurus atau gemuk, lelaki atau perempuan, kidal ataupun tidak dan daripada segi umur.


Ketika menulis sebenarnya tangan kita hanya sebagai alat untuk memegang pen. Gaya tulisan kita itu berpaksikan daripada fikiran bawah sedar kita. Dan mungkin boleh dikatakan bahawa tulisan bisa mengungkapkan pelbagai perasaan emosi si penulisnya. Komen Puan?
Contoh mudah, jika seseorang dalam keadaan emosi ia dikaitkan dengan asas elemen Slanting dalam sembilan perkara asas kaedah analisa tangan. Misalnya jika ia di tulis menghala ke kiri membuktikan si penulis tidak mampu meluahkan emosinya. Dan berbeza dengan mereka yang menulis menghala ke kanan.







Kredit Foto: Google

Ia memberi tafsiran bahawa seseorang itu lebih emosional. Jika ia ditulis secara menegak pula bermaksud, si penulis seorang yang mementingkan logik dan emosinya bersandarkan kepada justifikasi. Ada kebenaran pada kenyataan tersebut kerana apa yang ditulis bergantung kepada emosi si penulis pada ketika itu.

Jika gembira umpamanya, ia akan ditulis secara menaik dan laju. Dan jika dalam keadaan sedih, ada kecederungan tulisan itu menurun ke bawah dan ditulis dengan perlahan.


Sifat atau keperibadian seseorang yang mempunyai tulisan seperti berikut:


Kredit Foto: Google

1. Menekan: Sering dalam keadaan tertekan. Dia juga sukar melepaskan kemarahan, sukar untuk menerima, penuh bertenaga, sihat tetapi mudah sakit kepala.


2. Ringan: Lebih relaks dan mudah menguruskan tekanan.

Kredit Foto: Google
3. Tulisan tidak bersambung (sebiji-sebiji): Tidak fleksibel, sudah terbiasa dengan rutin, tidak boleh memvisualisasikan sesuatu, tidak boleh berubah dan jika boleh sekalipun ia mengambil masa yang lama. Kadang kala bersifat individualistik dan rigid.

4.Tulisan bersambung: Mudah bergaul, cepat berfikir dan kreatif.


Kredit Foto: Google


5.Rapat-rapat: Banyak aspek yang boleh dilihat dalam kategori ini. Pertama rapat antara huruf dengan huruf, perkataan dan perenggan. Rapat antara huruf bermaksud akrab dengan keluarga dan jika terdapat jarak antara huruf bererti ada jurang dalam hubungan kekeluargaan. Jika rapat antara perkataan dengan perkataan bermaksud rapat dengan rakan.

Manakala jika rapat antara satu perenggan dengan perenggan yang lain bererti dia sorang yang tidak kisah bergaul dengan sesiapa. Jika ada jarak antara perenggan pula bererti hanya rapat dengan klik nya sahaja. Namun, jika terlalu rapat tulisan antara perenggan dengan perenggan berikutnya bermaksud berfikiran sempit dan bergantung kepada orang lain.



Kredit Foto: Google


6. Tulisan besar: Tulisan besar yang biasa (sederhana) bererti seorang yang ekstrovert, boleh ke depan dan berani. Namun, jika ia terlalu besar bermaksud sebenarnya dia tidak yakin tetapi cuba untuk menutup kelemahan dirinya.


7. Tulisan kecil: Kurang keyakinan diri dan seorang yang introvert.


8. Tulisan menaik: Positif

Kredit Foto: Google


9. Condong ke kanan: Emosional, sensitif,


10. Condong ke kiri: Tidak sensitif, tidak kisah, tidak pandai menunjukkan emosi tetapi mempunyai kemahiran mendengar yang baik.


11. Condong ke bawah: Mempunyai isu, negatif, tidak stabil, mudah putus asa dan ragu-ragu.








Kredit Foto: Google


12. Tegak dan lurus: Berfikiran logik, memerlukan alasan yang munasabah.


13. Tegak dan condong ke kiri: Logik, punya sikap yang tidak mempedulikan perihal orang lain.


APAKAH KELEBIHAN YANG AKAN ANDA PEROLEH DARIPADA ANALISIS TULISAN TANGAN?
Apabila anda sudah mengenal pasti apakah kelemahan yang selama ini mengekang daripada anda menyerlahkan potensi yang ada dalam diri; pasti segalanya akan jauh lebih baik. Berikut adalah antara manfaatnya:
  1. Berhubung Dengan Dunia Baru
Dalam erti kata lain, ia sebenarnya membuka dimensi baru dalam hidup anda. Jika sebelum ini anda adalah seorang pekerja yang pasif, tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri dan sebagainya; ia akan menemukan anda dengan diri anda yang sebenar. Kefahaman yang mendalam mengenai potensi diri akan membuka ruang dan mencipta peluang yang mungkin selama ini anda tidak pernah terfikir akan bisa melakukannya.

Daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang berani tampil ke hadapan dan melontarkan buah fikiran dan pegangan diri; bukankah itu lebih baik? Ia bermakna anda sudah melangkah ke satu dunia baru yang akan mempertemukan anda dengan insan-insan yang lebih positif dan sama-sama ingin maju ke hadapan. Justeru itu, kenali kekurangan diri dan cuba memperbaikinya peringkat demi peringkat. Yakinlah, setiap daripada kita mempunyai potensi yang luar biasa. Maka dengan itu ia perlu dicungkil dan digilap untuk memacu keberlangsungan hidup yang lebih maju.
  1. Percaya Pada Diri Sendiri
Tulisan tangan anda sebenarnya memegang bukti kekuatan diri anda yang akan membantu untuk percaya pada diri sendiri. Mungkin sebelum ini anda sering dirundung perasaan was-was atau meragui kebolehan diri sendiri untuk menyempurnakan sesuatu misalnya. Justeru, ubah mentaliti dan jadilah individu yang lebih positif dan proaktif.

Cuba tanamkan dalam diri untuk melihat sesuatu daripada sudut yang positif terlebih dahulu. Lantas, yakin dan percaya pada diri bahawa setiap yang berlaku atau cabaran mendatang dapat ditangani dengan baik.


Kredit Foto: Google



3. Lebih Memahami Orang Sekeliling
Keupayaan untuk menganalisis tulisan tangan memberi anda pemahaman yang teliti dan meluas mengenai diri sendiri atau orang lain yang anda sayangi. Misalnya, jika anda ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang sukar meluahkan rasa sayang; analisis ini bisa membantu agar anda lebih memahami kekurangan pasangan.

Buang jauh-jauh sifat ‘suka sentap’. Fahami dan terima kelemahan pasangan dengan berlapang dada. Tangani konflik dengan pemikiran yang waras dan solusi yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
  1. Tangani Masalah Dengan Lebih Berkesan
Jika sebelum ini anda lebih senang dan selesa menyerahkan segala kata putus kepada orang lain, analisis tulisan tangan akan membantu anda untuk membina keyakinan diri sendiri agar bisa bertindak dan mencari jalan penyelesaian dengan lebih berkesan. Anda sewajarnya mempelajari dan memahami bagaimana perlu bertindak untuk berhadapan dengan sebarang situasi.

Jika anda seorang yang panas baran, degil, sambil lewa dan sebagainya; analisis ini akan membantu untuk mengurangkan segala sifat negatif yang mungkin sudah sebati dalam diri agar ia tidak berlarutan sekali gus membawa kepada permasalahan lain pula. Anda akan menemui pelbagai idea juga kaedah yang tepat untuk merungkai apa jua permasalahan yang timbul.


Kredit Foto: Google
  1. Pendekatan Betul Mewujudkan Hubungan Yang Sihat
Anda akan mengetahui bagaimana hubungan anda dengan orang lain. Adakah anda seorang yang suka memendam perasaan, sukar didekati dan sebagainya; menerusi analisis ini anda akan mengetahui dan memahami pendekatan yang tepat dalam membina persekitaran yang lebih harmoni.

Jika anda terlalu malu atau terlalu mendominasi; jika anda seorang pendiam atau peramah; apakah cara untuk mengatasinya sekali gus membentuk hubungan yang lebih sihat dalam kalangan rakan sekerja, sesama rakan dan keluarga.
  1. Menentukan Minat Untuk Penyesuaian Karier
Analisis ini membantu khususnya mereka yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang tertentu. Misalnya tulisan tangan yang bercirikan seseorang yang teliti, berhati-hati adalah calon yang tepat dan sesuai untuk diletakkan di bahagian kewangan atau pentadbiran.

Atau contoh lain; jika tulisan tangannya bercirikan seorang yang berani, optimistik dan petah berbicara sesuai jika bekerja dalam bahagian jualan atau perkhidmatan yang mampu memberi keyakinan atau mempengaruhi orang lain.

Selain itu jika tulisan tangan seseorang itu bercirikan kreativiti, idea dan sebagainya adalah lebih baik jika menceburi bidang seni kreatif yang bisa menyerlahkan kebolehan mereka.
  1. Membantu Menghilangkan Sifat Negatif
Adakah anda seorang yang mementingkan diri, degil, kedekut, bersangka buruk dan lain-lain? Analisis ini dapat membantu untuk sekurang-kurangnya mengurangkan sifat tersebut.

Berdasarkan carta Grapho Therapy Progress misalnya, anda dapat melatih diri untuk memperbaiki unit dan karakter tulisan tangan tertentu sekali gus akan mengubah persepsi diri anda secara perlahan-lahan.



Kredit Foto: Google

Minda separa sedar sebenarnya banyak memainkan peranan untuk membantu anda melalui peringkat ini. Contoh mudah, jika anda tanamkan dalam minda untuk menjadi seorang yang lebih positif; secara tidak langsung anda akan terdorong untuk berubah ke arah yang lebih baik. Benar, untuk berubah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut komitmen dan usaha yang konsisten.

Namun terbukti, pengorbanan yang anda lakukan bisa mencipta banyak peluang yang akan mengubah persepsi anda terhadap sesuatu. Cubalah!