gaya hidup
Tunjuk Wajah Anak Lepas Lahir, Antara AIN Dan Sunah Menghebahkan Kegembiraan – Ini Jawapan Ustaz Don.
Penulis sendiri tidak pasti adakah benar ia pesan orang tua kita dulu? Kerana dulu-dulu mana ada media sosial untuk menayang atau menyorokkkan wajah anak? Sesiapa saja orang yang datang menziarahi, pasti diterima dengan hati terbuka untuk menatap wajah anak yang baru dilahirkan.
Zaman sekarang saja, baru ada istilah jangan tayang wajah anak kepada khalayak selagi belum usia lebih tujuh hari. Entahlah. Tidak pasti dari mana datangnya kepercayaan ini. Apa pun, memang wujud amalan orang tua dahulu yang menyuruh ibu-ibu menjaga pandangan mata orang kepada bayi. Jangan dibiarkan orang memuji-muji anak itu, dikhuatiri membawa musibah kepada bayi.
Apa pun, kita tanya kepada ilmuwan yang lebih arif mengenai hukum-hakam ini. Kebetulan, Ustaz Don Daniyal juga baru saja menimang cahaya mata ke empatnya minggu lalu. Dan, Ustaz nampaknya terus sahaja berkongsi wajah anaknya itu secara jelas tanpa selindung. Jika, seorang Ustaz tidak mengikuti kepercayaan ini, maka ia tidaklah salah untuk berkongsi wajah anak pada awal kelahiran?
Anak Itu Lambang Kekayaan, Rezeki, Nikmat Allah
“Apabila sesorang itu dapat anak, Allah kata menerusi Surah Nuh ayat 10-12, ‘Mohonlah ampunan, istighfar kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia maha pengampun. Nescaya, Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepada Mu. Dan Dia membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan kebun-kebun, sungai-sungai untukmu’,” Mukadimah Ustaz Don.
Tambah Ustaz Don, anak ini lambang kekayaan, ada orang diberi kaya harta tapi tiada anak. Ada pula kaya anak, tiada harta. Ada juga yang diberi kedua-duanya, namun jarang berlaku. Kesimpulannya, anak itu nikmat Allah kepada umat Nya. Nikmat untuk kita sayang, buat kita seronok, sebagai penyambung zuriat keturunan, lambang kesihatan dan kekuatan bahawasanya kita tidak mandul dan banyak lagi nikmat daripada kelahiran anak.
“Allah kata (umum), apa pun nikmat yang diberikan Nya, seharusnya dihebahkan kepada umum. Menyampaikan berita gembira itu sunah Nabi. Apa buktinya? Kita lihat apabila seseorang itu berkahwin. Nabi kata, ‘buatlah kenduri walau dengan hanya seekor kambing’. Kenduri itu adalah cara untuk menghebahkan berita itu.
Begitu halnya apabila menimang anak. Kita dituntut untuk melakukan akikah sebagai cara meuar-uarkan berita gembira tersebut. Walaupun kita tak tunjuk anak pada hari pertama, nanti hari ke-7 pun nak kena tunjuk juga. Sama saja,” Terang Ustaz Don panjang-lebar.
Apa Pula Maksud Ain?
Ustaz Don tidak menyalahkan kepercayaan orang tua dulu-dulu berkenaan penyakit ‘ain’ atau pandangan jahat ke atas si bayi. Orang tua bercakap berdasarkan pengalaman. Memang ada berlaku dalam sirah Nabi, tetapi ia hanyalah kisah kecil tapi dibesarkan. Kata orang, ‘over thinking’.
“Berlaku pada zaman Nabi, ada seorang sahabat melihat seorang lelaki ini dengan pandangan kagum kerana lelaki itu memiliki tubuh yang sasa, segak dan sempurna. Maka, sahabat itu memuji-muji lelaki ini tanpa menyebut kebesaran Allah. Maka, jatuhlah ia penyakit ‘ain’ apabila kita berasa kagum dengan makhluk tanpa memuji Allah terlebih dahulu,” Jelas Ustaz.
Dikaitkan dengan kelahiran anak. Anak ini sifatnya ‘fragile’, mudah ditimpa penyakit, gangguan dan sebagainya. Maka kata Ustaz Don, “Orang-orang tua kita dulu bimbang kalau ditunjuk-tunjukkan anak ini kepada umum secara berlebihan, orang akan memuji tanpa menyebut Subhanllah atau memuji Allah terlebih dulu. Maka, jadilah ‘ain’.”
Jangan salahkan orang-orang tua dengan kepercayaan ini kerana mereka juga ada dalil yang menyokong apa yang mereka katakan dan kita juga ada dalil untuk menidakkan. Bukan niat untuk bersoal jawab dengan orang tua tetapi haruslah dibetulkan dengan cara beradab.
Bagaimana Adab Menayang Anak di Media Sosial?
- Sebarkan dalam keadaan bersederhana, jangan berlebih-lebihan dan kelihatan riak atau sombong. Kongsi dengan cara yang sopan dan beradab. Kalau kita menayang dengan sombong, Allah pun akan tegur dengan jalan sebegitu, itu yang terjadi ditimpa penyakit dan sebagainya. Nauzubillahminzalik. Bukan Allah tak sayang tapi Allah nak beri ingatan.
- Sebelum membuat sebarang pengumuman, sebaiknya lahirkan rasa syukur kepada Allah terlebih dulu, sujud syukur, doa, solat sunat. Utamakan pujian kepada Allah sebelum memikirkan hal-hal di media sosial.
- Hebahkan dalam adab dan menjaga keharmonian keluarga. Dulukan hebahan dalam kalangan ahli keluarga dahulu, mak ayah jangan dibelakangkan. Jangan kita kejar ‘like’ komen orang di media sosial, sehingga keluarga sendiri pun tahu di media sosial bukan daripada kita sendiri. Itu yang terjadi mak ayah jauh hati dan sebagainya.
- Ada yang tanya antara hebahan di WhatsApp atau media sosial, apa bezanya? Semua betul, tiada salah. Cuma, kalau belum bersedia untuk dihebahkan secara umum, beritahulah di WhatsApp group kecil. Dan, tulis baik-baik kepada ahli kumpulan agar tidak menyebarkan dahulu gambar itu. Cakaplah berlapik dan penuh adab.
- Ditambah dengan musim PKP sekarang ini, sememangnya medium media sosial ini adalah platform terbaik untuk menghebahkan berita gembira itu untuk elak orang datang berkunjungan. Ia juga cara terbaik untuk mohon sebanyak mana doa daripada orang ramai. Doakan juga mereka yang mendoakan itu akan beroleh nikmat yang sama agar kawan-kawan pun diberi zuriat dan kegembiraan yangs sama kita dapat. Bukankah seronok, sama-sama doa mendoakan untuk berkongsi nikmat Allah SWT.
Tips Tahnik (Belah Mulut) Daripada Perkongsian Ustaz Don
Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan,
“Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”.
HR Imam Muslim
Berdasarkan hadis ni, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat saja berbeza.
Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya nak baca apa, nak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله. Apa yang saya buat ialah hasil dari perkongsian
1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tengok depan mata)
2) TG Ustaz Taufik Mat Husin
FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35
(Saya telefon minta pandangan. Ini masa beajar dululah, lama dah)
3) Habib Ali Zainal Abidin
@habibalizaenalalhamid
(Saya tengok depan mata dan Habib siap ulang beritahu lagi)
4) Ustaz Muhadir Hj Joll
Bagaimana Tahnik Anak Sendiri?
Langkah 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dpt mcm dlm botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
Langkah 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nnt nk doa, mudah Allah kabul)
Langkah 3
Mula dengan Al-Fatihah
Langkah 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
Langkah 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)
Langkah 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas
Langkah 7
Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Langkah 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran
Langkah 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Langkah 10
Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh
- ikhlas
- tawadhuq
- berharap Allah dengaq n perkenankan
- sungguh-sungguh.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran.