Ujian Suami Isteri Lebih Hebat Selepas SENANG Bukan Ketika SUSAH. Orang Luar Jangan Hakimi, Jangan Campur!
Afiza Kamarulzaman
25/07/2020 15:00 MYT
25/07/2020 15:00 MYT
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Kebanyakan pasangan baru kahwin pasti melalui kesulitan dalam membina mahligai berkeluarga terutamanya yang bersangkutan dengan wang ringgit.
Ditambah pula dengan pasangan muda yang baru bekerja dan pasti pendapatan pun cukup-cukup makan.
Dalam keadaan itu juga, mental orang baru berumah tangga masih ampuh, belum cukup matangnya. Jadi, banyak terjadi emosi terganggu dek permasalan yang timbul antara suami dan isteri.
Namun, kerana cinta masih hangat dan tenaga masih hebat, kebanyakan pasangan baru kahwin berjaya melalui kepayahan itu bersama-sama.
Manisnya dugaan bersama membuah hasil yang ranum. Kejayaan akhirnya dinikmati bersama. Begitulah indahnya alam rumah tangga apabila kita berjaya menempuh onak duri dengan penuh sabar dan saling memahami.
Waktu Susah Berdua, Apabila Dah Senang, Ramai Yang Datang
Selepas mungkin lima, tujuh atau 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, ekonomi kian stabil. Duit bukan lagi masalah utama, namun awas ia bukan destinasi akhir yang memastikan syurga kekal selamanya.
Dalam menjalani kehidupan indah itu, jangan terkejut jika tiba-tiba badai melanda dek orang ke tiga.
Orang ke tiga itu tidak semestinya skadal kepada pasangan. Boleh jadi, ia juga didalangi kaum keluarga sendiri atau rakan di sekeliling kita? Memang begitulah adat dunia.
Apabila susah, tiada seorang pun yang datang menyapa. Namun, tatkala kita sudah mulai senang, ramai yang datang mengaku saudara.
Ada juga mengambil kesempatan atas kelemahan yang mungkin timbul antara suami dan isteri. Jika dilihat isteri sedikit leka, si suami akan digoda. Ada pula yang datang berbisik kepada isteri, memberi ragu terhadap suami walaupun hakikat tiada apa yang berlaku.
Di sinilah, bermulanya bibit-bibit keretakan dalam rumah tangga.
Jangan Terburu, Fikirkan Pengorbanan Lalu, 5 Pesanan Buatmu:

- Fikir baik-baik setiap kali dugaan datang menerpa. Ingatkan kembali detik-detik susah satu masa lalu. Tak akanlah kamu mahu musnahkan semua pengorbanan itu dengan sekelip mata dek hasutan orang?
- Apabila ada yang datang membawa cerita, jangan terburu-buru membuat penghakiman. Selidik betul-betul dan berbincang hati ke hati dengan pasangan.
- Tidak perlu menceritakan hal yang berlaku dalam rumah tangga kepada orang lain. Tidak semua akan faham situasi yang sedang kita jalani. Mengadu sahajalah kepada Allah yang satu.
- Jika mahukan nasihat, teruslah kepada saluran yang betul yang tidak punya kepentingan atau prasangka di kemudian hari.
- Tidak salah untuk memberi peluang ke dua kepada pasangan sekiranya dia benar-benar mengaku salah. Mungkin ini hikmah untuk menjadikan ikatan kalian lebih baik selepas itu.