,
Highlights

Untuk Wanita 40 Tahun Ke Atas – Ini Makanan WAJIB Ambil Selalu Kalau Nak AWET MUDA. Bayam, Betik, Kekacang...

Afiza Kamarulzaman
18/01/2020
04:00 MYT
Watercress
Kebaikan sayur berdaun hijau dan sarat hidrasi ini tidak dapat disangkal lagi. Ia mengandungi sumber khasiat seperti kalsium, potassium, manganese, phosphorus, vitamins A, C, K, B-1, dan B-2. Watercress bertindak sebagai anti septik kulit dan meningkatkan peredaran dan penghantaran mineral ke seluruh sel badan untuk menyempurnakan proses oxygenation kulit. Ia juga kaya dengan vitamins A dan C, anti oksida yang meneutralkan radikal bebas untuk membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.
Kredit Foto: Google
Red bell pepper
Atau dikenali sebagai cili benggala merah ini kaya dengan anti oksida; sumber yang dipercayai sangat premium untuk kebaikan anti penuaan. Ia juga mengandungi tinggi vitamin C yang diketahui sangat bagus untuk penghasilan kolagen yang diakui juga pelengkap kepada kulit anjal dan awet muda. Di dalamnya juga terdapat anti oksida terbaik yang dipanggil carotenoid yang melindungi kulit daripada kerosakan selar mentari, pencemaran dan toksid.
Kredit Foto: Google
Betik
Buah betik ii kaya dengan variasi anti oksida, vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis dan kedutan kulit. Ini termasuklah sumber vitamins A, C, K, and E, kalsium, potassium, magnesium dan phosphorus. Betik membantu melawan kerosakan radikal bebas yang secara tidak langsung memperlahankan proses penuaan. Ia juga bersifat anti radang yang banyak terdapat dalam produk pengelupasan kulit.
Kredit Foto: Google
Beri Biru
Buah import beri biru ini kaya dengan vitamins A dan C, juga anti oksida penunda penuaan yang dikenali sebagai anthocyanin. Inilah yang menjadikan fizikal buah ini sangat cantik birunya. Anti oksida yang sangat premium ini menyumbang kepada perlindungan kulit daripada kerosakan akibat selar matahari, stres dan pencemaran.
Kredit Foto: Google
Brokoli
Brokoli ialah bersifat anti radang dan anti penuaan yang mengandungi vitamins C dan K juga variasi anti oksida, fiber, folat, lutein, kalsium. Tubuh kamu memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen; protein utama untuk kulit anjal dan tegang.
Kredit Foto: Google
Bayam
Sayur ini kaya dengan hidrasi dan anti oksida yang membantu proses oxygenate ke seluruh tubuh. Ia juga diakui sarat dengan sumber vitamins A, C, E, dan K, magnesium, plant-based heme iron dan lutein. Ia tinggi dengan vitamin C yang meningkatkan penghasilan kolagen untuk menanjal dan melembutkan kulit. Vitamin A juga dipercayai membantu rambut yang kuat dan berkilau.
Kredit Foto: Google
Kekacang
Kebanyakan kacang (terutamanya badam) mengandungi banyak sumber vitamin E, yang membantu membaiki tisu kulit, menambahkan lembapan kulit dan melindunginya dari sinar UV berbahaya. Malah walnut juga mengandungi sumber anti radang yakni lemak omega-3 yang turut membantu menguatkan membran sel kulit, melindunginya dari sinar UV dan memberikan glow kepada wajah.
Kredit Foto: Google
Avokado
Buah ini tinggi dengan asid lemak yang melawan keradangan untuk kulit lebih cantik dan lembut. Ia juga mengandungi sumber yang berkesan untuk anti penuaan seperti vitamins K, B, C, E, dan A dan potassium. Kandungan vitamin A dalam avokado boleh membantu menyingkirkan sel kulit mati untuk penghasilan kulit baru yang lebih menawan. Kandungan carotenoid juga menghalang kerosakan akibat selar matahari dan melindungi kulit daripada kanser.
Kredit Foto: Google
Keledek
Warna kejinggan pada keledek ini datangnya daripada anti oksida yang dikenali sebagai beta kerotin. Beta kerotin ini akan ditukar kepada vitamin A; untuk keanjalan kulit, merangsang penghasilan sel kulit dan memberikan kulit yang lebih lembut dan muda. Makanan dari dalam tanah kebiasaannya kaya dengan vitamins C dan E.
Kredit Foto: Google
Biji Buah Delima
Buah lagenda ini sudah digunakan berkurun lamanya sebagai bahan penyembuhan. Ia kaya dengan vitamin C dan variasi kandungan anti oksida yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas dan keradangan dalam sistem kita. Buah berhasiat ini juga mengandungi punicalagins, yang membantu penjanaan kolagen untuk memperlahankan penuaan kulit.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man

gempak
24/08/2024
21:55 MYT
Pelakon utama filem Keluang Man iaitu Nas Muammar Zar sanggup berkorban demi menjayakan karakter dan tanggungjawabnya dalam filem itu.
Hiburan

Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

gempak
30/04/2024
11:06 MYT
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Hiburan

Diana Danielle Tolak Bariatrik, Percaya Kurus Secara Semulajadi - “Bukan Saya Tak Boleh Turun Berat Cuma…”

gempak
27/03/2024
04:56 MYT
Diana Danielle lebih suka kurus secara semulajadi.
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga
Laman Utama

Hael Husaini Hanya Makan Sayur Seminggu, Turun Berat Badan 7 Kilogram!

gempak
20/10/2023
13:50 MYT
Demi mendapatkan sosok badan yang kurus
Unitar