Usahawan MEDIA SOSIAL – Hanis Zalikha Contoh Terbaik, Jual Apa Pun SOLD OUT. Kena Baca Tips Pelaris Hanis Ni!
Afiza Kamarulzaman
16/12/2019 03:36 MYT
16/12/2019 03:36 MYT
Zaman sekarang kita punya begitu banyak platform yang boleh buat duit jika diatur dengan bijak. Hanis Zalikha antara selebriti yang dilihat begitu agresif menjalankan perniagaan berasaskan online ini. Dan, lebih mengagumkan setiap produk yang dilancarkannya mendapat reaksi positif daripada pengikutnya.
Juallah apa pun, pasti sold out sehinggakan terpaksa menunggu stok baru berminggu-minggu. Begitu yang biasa terjado setiap kali Hanis mengeluarkan produk baru. Daripada produk tudung, alat solek, suplemen untuk kanak-kanak dan minyak esen pengurang selera makan yang ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan, walau dihambat sedikit kontroversi.
Seperti yang sempat yang saya bualkan bersama teman rapatnya, Akmal yang juga penasihat pemasaran produk Hanis, katanya, Hanis sememangnya mempunyai satu aura luar biasa. Sukar untuk dijelaskan tetapi ia tidak ada kebanyakan orang. Malah menurut Akmal, dia juga percaya selain usaha gigih Hanis dan suami dalam membangunkan apa yang mereka miliki hari ini, kejayaan mereka juga bertitik tolak daripada sikap dan pegangan Hanis itu sendiri.
Tanya saya kembali, “Maksud you sikap yang bagaimana?”
“Hanis sangat menjaga keperibadiannya. Attitude dia sangat baik walau dengan sesiapa sahaja. Malah, Akmal juga percaya hubungannya dengan Allah yang sentiasa cuba dijaganya sebaik mungkin antara dorongan utama kejayaannya hari ini. Hanis tidak suka menjaga tepi kain orang. Itu pandangan peribadi Akmal selama bersamanya.”
Menariknya lagi, Akmal sempat berkongsi insiden lucu saat Hanis memuatnaik video dia memasak ikan kerapu steamed yang dibeli di sebuah pasaraya kegemaran Hanis. Nak dijadikan cerita, esoknya stok ikan kerapu di pasaraya tersebut sold out ya! Itulah penangan susuk bernama Hanis Zalikha yang cukup berpengaruh di laman media sosial.
Bagaimana Hanis membina pengaruh di media sosial?
Jujurnya, Hanis tidak ada strategi atau ‘plan’ atau merancang penuh soal membina pengaruh di media sosial. Ia seperti terjadi semula jadi dan tiba-tiba. Pada awalnya, Hanis hanya ingin berkongsi kehidupan dan aktiviti Hanis serba sedikit bersama peminat atau lebih dikenali "pembaca blog" Hanis dulu. Selepas sudah lama sangat tidak menulis, maka platform Instagram menjadi tempat Hanis berhubung dengan peminat dan pembaca blog Hanis. Sebenarnya, kalau Kak Fiza lihat, Hanis sekadar berkongsi kehidupan harian Hanis dan keluarga secara umum sahaja. Namun, lama-kelamaan apabila peminat atau followers mula DM dan bertanyakan tips, Hanis rasa seronok pula terutamanya hal-hal dapur dan mengurus rumah kerana semua ini kerja harian kita, kan? Kalau bab menguruskan peniagaan, ia seperti ‘plain’ macam semua orang mungkin sama sahaja pengurusannya. Tetapi apabila melibatkan hal urusan rumah, anak dan peribadi (tidak terlalu peribadi), kita mengikut apa yang kita selesa. Kita akan cuba dan kita lihat sama-sama hasilnya bersama peminat, pengikut dan pembaca.
Apa saja yang Hanis jual ‘sold out’, pada pendapat Hanis adakah ini lebih kepada rezeki atau harus ada usaha bersamanya?
Alhamdulilah. Rezeki itu datang dan kadang-kadang pergi jua tanpa kita sedari. Di sini, Hanis lebih tekankan kepada usaha, sebab itu Hanis melantik pengurus penjenamaan sendiri, Mungkin awam berasakan jenama Hanis Zalikha itu sudah cukup, tapi pada Hanis untuk produk yang kita keluarkan itu berjaya, selain menjaga kualiti, kekuatan jenama itu sendiri amat penting untuk ‘stay IN’ dalam pemikiran awam. Khusus untuk jenama ‘C’ di mana di bawah naungannya ada C by Cakenis, Curve by Cakenis dan Cakenis itu sendiri sebagai main show, iaitu shawl dalam pelbagai koleksi.
Boleh saya labelkan andalah ‘ratu media sosial’ Malaysia sekarang ini, adakah anda rasa terbeban dengan istilah itu?
Ratu? Kak Fiza ni!!!!! Mana ada ratu, Hanis tak pernah pun dipakaikan mahkota! Bahhahaha... Hanis ni bak kata rakan-rakan rapat, cepat move on. Hurmmm, mcm mana nak cakap ye? Okey, macam ni. Andai terjadi sesuatu yang elok atau tak elok, Hanis tak ambil masa yang lama untuk fikir. Sekurang-kurangnya sehari selepas itu, Hanis sudah boleh sibuk fikir apa lagi nak buat pasal perniagaan? Tidak terus memikirkan hal lalu. Hanis hanya akan fikir, how to fix it up? Berbalik pada label yang Kak Fiza katakan tadi, kalau itu yang diistilahkan kepada Hanis, jujurnya tiada bebanan langsung. Jika apa yg Hanis kongsi itu, dapat orang jadikan amalan dan berguna untuk hidup mereka, buat mereka rasa gembira, ia memberikan kepuasan kepada Hanis. Kadang-kadang, kita tidak tahu dengan sedikit perkongsian yang kita rasa biasa menjadikan hidup orang lain luar biasa. Tidak perlu berlebihan pun. Mungkin dengan cara buat salad buah yang ringkas untuk anak-anak mereka gembira untuk makan. Jadi, mengapa tidak kita terus berkongsi, kan?
Kalau boleh Hanis kongsikan tips untuk berjaya sebagai usahawan media sosial?
Sebagai usahawan, kita jangan ingat kita mampu buat semuanya sendiri. You need to trust your team! Yes, TEAMWORK. Hanis dan pekerja ibarat kawan-kawan sahaja di ofis, tiada yang serius. Contohnya, kalau mengendalikan mesyuarat, ia tidak buat kami stres, ia diselangi gelak tawa dan cerita pasal hidup seharian sebenarnya. Kegembiraan itu sangat penting. Jangan terlalu lama memikirkan tentang kesedihan. Hidup ini terlalu singkat untuk dirumitkan dengan perkara yang mendukacitakan. Selain strategi pemasaran yang bagus, Hanis juga bertuah mempunyai peminat tegar, pembaca blog Hanis yang mengikut Hanis sejak dari hari pertama Hanis menulis. Dan, pastinya Hanis mempunyai kepercayan penuh kepada pengurusan penjenamaan khusus untuk jenama ‘C’. Alhamdulillah.