Personaliti

Uyaina, Wany Impikan Lelaki Yang Bukan Hanya Nampak WARAK Tapi Praktikkan Islam Dalam Kehidupan

gempak
Afiza Kamarulzaman
05/08/2021
08:28 MYT
Sponsor Banner
Uyaina, Wany Impikan Lelaki Yang Bukan Hanya Nampak WARAK Tapi Praktikkan Islam Dalam Kehidupan
Kedua-duanya berimej muslimah, masih solo, muda, terkenal dan pastinya menjadi rebutan ramai lelaki. Mereka digabungkan secara ‘virtual’ dalam rancangan Rumah No.107 malam esok, Jumaat jam 9 malam di Astro Warna.
Perbualan santai selama lebih kurang satu jam itu mencungkil beberapa rahsia mereka yang jarang dikongsi dan ada antaranya tidak pernah diketahui umum. Wani memberitahu bagaimana dia bermula dalam industri seni secara tidak sengaja dan perihal ‘culture shock’, bukan sebab terkena kejutan budaya tetapi apabila ‘duit’ membuatkannya sedikit tersasar, dan kembali berpijak di bumi nyata demi ibu.
Berbeza dengan Uyaina yang bermula sebagai wartawan penyiaran di mana bakatnya mula menyerlah selepas dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 dan memenangi pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang diadakan di Indonesia.
Kedua-dua mereka juga berkongsi pengalaman berhijab yang hampir sama di mana mula bertudung sejak kanak-kanak lagi. Wany bermula darjah enam dan begitu juga Uyaina yang sudah berhijab ketika di sekolah rendah. Maka, ia bukanlah sesuatu perkongsian yang ‘luar biasa’ buat mereka.
Namun ujar Uyaina saat ditanya pendapatnya tentang wanita yang tidak mampu istiqomah membuka tudung selepas berhijab, “ya, saya pernah juga bertanyakan isu ini kepada selebriti yang berdepan ujian ini. Dan, apa yang boleh saya katakan sebenarnya ia bukanlah ujian untuk mereka saja tetapi ujian untuk kita juga dalam menghakimi atau memberi sebarang komen.
Maka, janganlah kita cepat menghukum seseorang itu kerana kita sendiri belum tentu akan ke syurga atau sebaliknya.”
Suami Mithali Adalah Impian Semua Wanita
Diganggu lelaki tak dikenali pastinya sudah menjadi lumrah dalam kehidupan Uyaina dan Wany. Kongsi Wany, memang ada saja lelaki yang cuba mendekati dan lebih menakutkan lagi ada ketikanya kalau dia kemana-mana dan up di IG lokasinya waktu itu, tiba-tiba ada lelaki yang muncul di tempat yang sama.
Uyaina juga tidak ketinggalan berdepan situasi yang sama, ‘dicuba-cuba’ oleh lelaki dengan ayat klise, “boyfriend awak tak marah ke saya kawan dengan awak?” Namun, perkara sebegini dianggap sebagai salah satu rencah kehidupan sebagai selebriti wanita, apatah lagi dengan status masih solo.
Uyaina turut ditanya tentang hubungannya dengan Raja Syahiran yang dikatakan semakin intim. “Saya suka dia sebab cara dia approach saya berbeza dengan lelaki lain. Dia terus je tanya boleh tak nak kenal Yana dengan lebih dekat? Insyallah, kalau ada jodoh adalah nanti cuma specific date tu belumlah ada.”
Ditanya perihal suami bagaimana menjadi dambaan Uyaina dan Wany, jawab Uyaina,
“Menjadi impian setiap wanita pastinya mahukan suami yang baik, yang mempraktikkan agama dalam kehidupan sehariannya, bertanggungjawab dan ini semua ciri-ciri penting untuk sebuah rumah tangga. Tolak tepilah tarikan fizikal tu.”
Ujar Wany pula, “suami yang diimpikan tu bukanlah hanya nampak saja warak luarannya tapi biarlah dalam diri dan kehidupannya juga dipenuhi dengan agama. Apa pun yang kita lakukan, agama adalah elemen terpenting, paling utama ia diamalkan.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live