Read
‘Vacay Mode ON’— Pabila Ikon Fesyen Mula Bercuti; SCHA, AWAL, NABILA HUDA dan YAYA ZAHIR Bikin Luggage Anda Panas!
Jepun dan Korea Selatan antara negara yang selalu menjadi pilihan warga Malaysia untuk bercuti. Kedua-dua negara ini sedang diselubungi musim sejuk. Pastinya ramai yang mengambil peluang untuk merasai musim sejuk ala Krismas serta menyambut tahun baru di sana.
Tidak ketinggalan, ikon fesyen Malaysia Scha dan Awal, Nabila Huda dan Yaya Zahir memilih Jepun dan Korea sebagai destinasi percutian mereka hujung tahun 2019 ini.
Selain lokasi percutian mencuri mata netizen untuk diintai, fesyen apa yang mereka gayakan juga pasti mengundang cemburu semua. Hish, pakai apa pun cantic! Sudah tentu ia akan menjadi perbulaan netizen di laman Instagram mereka. Setiap hari, akaun Instagram mereka pasti diintai peminat yang dahagakan gambar-gambar OOTD terbaik mereka.
Scha AlYahya & Awal Ashaari
Terkenal sebagai pasangan selebriti paling bergaya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya memilih Jepun sebagai lokasi percutian mereka sekeluarga. Tdak dapat dinafikan pasangan ini mempunyai fashion sense tersendiri dengan keberanian tampil bergaya lain dari yang lain.
Lihat sahaja di Instagram mereka pelbagai foto cantik dengan stail dan pose mereka sekeluarga yang tidak pernah mengecewakan. Semuanya cantik sempurna, dan wajar dijadikan rujukan fesyen untuk kamu yang mahukan sumber inspirasi.
Ambil gambar di sudut mana pun semuanya nampak fotogenik dan stylish. OOTD mana kesukaan InTrenders?
Nabila Huda
Nabila Huda antara selebriti yang dilihat kerap juga berpergian dan kebanyakan lokasi yang ditujunya pasti yang ‘rare’ dan jarang diterjah orang lain. Namun, kali ini Abil dan suami menakluk bumi matahari terbit selama tiga hari #hanyatigaharidijapang. Setakat hari ini, Nabila Huda baru menjelajah tiga negeri Jepun, iaitu Tokyo, Sapporo dan Hokkaido.
Selain lokasi yang sudah sedia cantik dan menarik, kesemua gambar Nabila Huda yang dimuat naik di Instagram memaparkan gaya OOTD mereka yang bersahaja dan sangat cool.
Meskipun musim sejuk, OOTD Abil tetap tip top dari segi mekap, baju dan beg tangannya. Seperti mana personalitinya yang kasual dan tidak berlebihan, begitulah yang ditampilkan sepanjang Abil di sana. Love!
Yaya Zahir
Personaliti tv dan pelakon, Yaya Zahir juga antara ikon fesyen muda yang cukup dikenali dengan minatnya yang mendalam terhadap fesyen. Ini dapat dilihat menerusi gaya penampilan Yaya Zahir di setiap OOTD nya di akaun Instagram miliknya, juga apabila dia menghadiri majlis fesyen di ibu kota.
Kali ini Yaya ke Seoul, Korea Selatan. Tampak kasual tapi dengan gabungan mekap, jaket dan aksesori bersesuaian, look OOTD Yaya Zahir menang. Malah setiap fesyen yang digayakan oleh Yaya punya aura yang unik dan tersendiri! Letaklah apa sahaja baju di badannya, semua mampu digayakan tanpa canggung. You are rockin it, girl!
Must-Watch Video