Vaksin Ibu Hamil Dan Menyusu, Ada Yang Masih Ragu-Ragu? Profesor Dr Nazimah Idris Jawab Kemusykilan Anda
Huda Hussain
24/06/2021 09:08 MYT
24/06/2021 09:08 MYT
Bukan sekali dua kita mendengar berita mengenai kes positif Covid-19 menjangkiti ibu hamil. Malah lebih memilukan apabila ada yang ditakdirkan menemui Ilahi dalam keadaan sarat berbadan dua. Benar, virus Covid-19 tak mengira sesiapa. Selagi kita boleh ikhtiar, elakkan dan jauhkan cubalah. Dengan pelancaran program imunisasi Covid-19 di Malaysia yang sedang berjalan ketika ini, tidak dinafikan pelbagai persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran wanita hamil – Apakah mereka perlu mengambil suntikan vaksin tersebut atau tidak?
Pengarah Perubatan IMU Healthcare (IMUH) yang juga merupakan Profesor Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan di International Medical University), dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Profesor Dr Nazimah Idris memberi penjelasan mengenai perkara ini dan kesannya kepada kehamilan.
Kehamilan adalah salah satu detik yang paling tidak dapat dilupakan dan amat bermakna bagi wanita. Namun begitu, berikutan pandemik yang melanda dunia sekarang, ramai wanita hamil mendapati mereka berada dalam situasi mudah terdedah kepada bahaya. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 didapati lebih cenderung untuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita yang tidak hamil. Kecenderungan untuk mereka memerlukan penggunaan ventilator juga tinggi. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Paediatrics mendapati, wanita yang dijangkiti Covid-19 lebih berisiko untuk meninggal dunia, melahirkan bayi pra-matang dan mengalami praeklampsia.
Terdapat beberapa artikel penyelidikan serupa yang mendorong para pegawai kesihatan awam sedunia mengesyorkan vaksin Covid-19 kepada wanita hamil bagi melindungi mereka dan bayi yang dikandung. Biarpun begitu, walaupun terdedah kepada bahaya dijangkiti, ada sesetengah wanita hamil – termasuklah mereka yang merancang untuk hamil; berbelah-bahagi apabila berhadapan dengan persoalan tentang keperluan untuk divaksin. Mereka was-was kerana tidak tahu sama ada vaksin akan mendatangkan sebarang kesan kepada tahap kesuburan, kehamilan dan akhirnya kepada bayi mereka.
Vaksin Takkan Jejaskan Bayi Yang Dikandung
Data semasa yang ada daripada vaksin mRNA mengenai vaksinasi Covid-19 ke atas wanita hamil tidak menunjukkan sebarang isu keselamatan kepada wanita yang sudah disuntik vaksin atau bayi mereka. Vaksin mRNA Covid-19 yang ada di Malaysia adalah vaksin Pfizer. Pengarah Perubatan IMU Healthcare (IMUH) yang juga Profesor Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU), Profesor Dr Nazimah Idris berkongsi pendapatnya mengenai perihal tersebut.
“Sekiranya dijangkiti semasa hamil, anda berkemungkinan akan mengalami jangkitan yang paling serius. Laporan menyatakan, jika anda dijangkiti Covid-19 semasa trimester ketiga kandungan, risiko kematian adalah tinggi. Oleh itu, saya sangat mengesyorkan supaya anda mengambil suntikan vaksin semasa hamil, terutamanya jika anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi.” Jelas Profesor Nazimah, ini termasuklah wanita yang berusia 35 tahun ke atas, yang mempunyai berat badan yang lebih tinggi, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sekiranya anda terdedah kepada orang ramai dalam aktiviti seharian, anda dikira sebagai golongan berisiko tinggi juga. Jika anda bukan dalam kategori tersebut, maka anda mempunyai pilihan untuk menangguhkan pengambilan vaksin iaitu selepas melahirkan anak dan itu bergantung kepada keputusan perbincangan penilaian risiko bersama doktor.
Apakah vaksin boleh memberi kesan kepada kehamilan saya dan yang paling penting, kepada anak yang saya kandung?
Merujuk kepada kesan sampingan suntikan vaksin kepada wanita hamil, Profesor Nazimah menjelaskan bahawa ia tiada bezanya dengan kesan yang dialami wanita yang tidak hamil. “Anda akan mendapat kesan sampingan yang sama seperti wanita yang tidak hamil iaitu rasa lenguh, mual dan demam. ”
Beliau turut berkongsi beberapa berita positif mengenai vaksin dan bayi. “Vaksin itu tidak akan menjejaskan bayi anda. Ia bukanlah satu bawaan yang boleh dipindahkan ibu kepada bayi semasa hamil. Apabila anda disuntik vaksin, ia akan memberi kesan baik kepada bayi. Semua vaksin berfungsi dengan cara memicu badan kita untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini akan dipindahkan kepada bayi dan seterusnya bayi akan mendapat juga perlindungan.” Perlu dimaklumkan bahawa antibodi yang terhasil ada di dalam susu ibu. Jadi, bayi anda mendapat kedua-dua nutrisi dan perlindungan.
Profesor Nazimah menasihati mereka yang merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin untuk berunding dengan doktor obstetrik supaya penilaian dapat dibuat terlebih dahulu. Mereka disarankan untuk menerima vaksin semasa usia kandungan di antara minggu ke 14 hingga minggu ke 28, supaya mereka mendapat perlindungan terbaik daripada penyakit yang lebih serius semasa trimester ketiga. Jika kandungan anda pada tahap trimester ketiga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan yang anda masih boleh menerima vaksin sehingga usia kandungan pada minggu ke 33.
Apakah garis panduan yang sama turut terpakai kepada wanita yang cuba untuk hamil?
Sudah tentu, kata Profesor Nazimah dan ia bergantung kepada perancangan yang teliti. “Saya mencadangkan supaya ibu-ibu hamil melengkapkan dahulu dos vaksinasi sebelum merancang untuk hamil. Dengan itu anda sudah pun dilindungi. Jika anda sudah pun mendapatkan dos vaksin yang pertama dan kemudiannya mendapati anda hamil, janganlah anda khuatir. Teruskan kehamilan anda. Vaksinasi ketika trimester pertama tidak meningkatkan risiko keguguran,” jelas Profesor Nazimah.
Merujuk kepada kesan vaksinasi terhadap tahap kesuburan seseorang, beliau memberikan fakta biologi yang mudah sebagai penjelasan. “Kemampuan anda untuk hamil adalah bergantung kepada proses semulajadi kitaran hormon iaitu apabila ovari menerima isyarat dari otak. Vaksinasi COVID-19 tidak menjejaskan proses ini atau peluang anda untuk hamil dalam apa cara sekalipun,” ujar Profesor Nazimah.
Vaksin yang mana sesuai?
Buat masa ini, ada tiga vaksinasi di Malaysia iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Ketika ini, adalah disyorkan supaya Pzifer diberikan kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan pula boleh diberikan vaksin Pfizer atau AstraZeneca. Bagi memastikan anda mendapat vaksin Covid-19 yang paling sesuai dan tepat, anda sudah boleh memberikan maklumat mengenai status anda di aplikasi MySejahtera. Temu janji vaksinasi anda nanti akan berdasarkan vaksin yang sesuai untuk anda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.
“Pakar-pakar kesihatan sedunia mengesyorkan vaksin Pfizer untuk wanita hamil kerana banyak kajian telah dibuat ke atas mereka. Oleh itu, sudah ada data keselamatan yang membolehkan cadangan itu dibuat. Bagi dua vaksin lagi, kajian masih berjalan,” jelas Profesor Nazimah.
Perlukah bimbang sekiranya sudah mengambil suntikan vaksin AstraZeneca dan kemudian mendapati diri hamil?
Tidak sama sekali, kata Profesor Nazimah. “Vaksin itu sendiri tidak menjejaskan kehamilan. Dunia perubatan berpengalaman luas berkaitan vaksinasi, termasuklah vaksinasi semasa kehamilan. Mereka ada pengetahuan mengenai bagaimana ia boleh mempengaruhi anda dan kehamilan anda. Jadi, biarpun ibu-ibu hamil menerima vaksin jenis yang lain, ia bukanlah sesuatu yang patut dibimbangkan,” ujarnya.
Pada akhirnya, vaksinasi adalah pilihan peribadi. Namun begitu, apabila berhadapan dengan Covid-19 dan hakikat bahawa wanita hamil diketahui mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi berkaitan virus korona, maka isu mengenai mendapatkan perlindungan secukupnya menjadi kritikal.
Kredit Foto: Era Digitalogik Services

Kredit Foto: Google

Kredit Foto: MKN