Banyak amalan-amalan yang disunatkan dilakukan pada hari Jumaat. Dan diantaranya adalah melazimi bacaan Surah Al Kahfi. Seperti yang dikongsikan pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar dalam salah satu daripada himpunan ceramah beliau. Antara lain, beliau berkata;

“Saya nak beritahu ujian kita banyak. Cabaran kita umat akhir zaman ini banyak. Cuma Alhamdulillah, Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita keseorangan terkontang-kanting tanpa bantuan. Nabi ajar kepada kita antara ‘vaksin’ yang paling kuat di akhir zaman ini ialah membaca Surah Al Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Tuan-tuan ajaklah anak-anak. Surah yang diturunkan khas oleh Allah SWT untuk membentengi umat Nabi Muhammad keseluruhannya daripada fitnah dajjal dan kesemua fitnah yang lahir daripada dajjal. Dua dos ni tuan-tuan kena ambil, 10 ayat pertama Al Kahfi, 10 ayat terakhir Al Kahfi.

A post shared by Kuiz Tentang Islam Di Story (@rofandi06)

Kredit Foto: IG Rofandi06


Mengapa 10 Ayat Pertama dan 10 Ayat Terakhir Dipilih?
10 ayat terawal menceritakan mengenai kenyataan Al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap Al-Quran. Manakala 10 ayat terakhir pula menunjukkan kesan bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah ini akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat Al Quran serta mengharap perlindungan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat amat digalakkan kepada umat Islam tanpa mengira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya. Bahkan lebih baik membaca satu surah keseluruhannya. Hal ini kerana Surah Al Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang utuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Kredit Foto: IG Alif Satar

Umum mengetahui pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam dan cabaran terhadap umat Islam sendiri cukup kuat sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” Riwayat Al Tirmizi.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menjadi sebahagian daripada amal ibadat kita dan mempertingkatkan keimanan kita kepada-Nya. Wallahuwaalam.