Vivy Hadiahkan Staf Hospital Dengan Bingkisan dUCk Sebelum Discaj. BERTUAHNYA — Murah Rezeki Awak Sekeluarga
Afiza Kamarulzaman
26/11/2021 09:03 MYT
26/11/2021 09:03 MYT
Usahawan dan personaliti televisyen terkenal, Vivy Yusof selamat melahirkan anak ke empatnya pada 22 November yang lalu. Bayi lelaki itu dinamakan Idris Ali Shah yang dijangkakan sebagai ‘anak bongsu’ mereka.
Melalui perkongsian terbarunya di Instagramnya, Vivy yang dibenarkan keluar wad semalam telah memberi kejutan kepada kakitangan KPJ Damansara Hospital dengan bingkisan terima kasihnya kepada mereka. Ia sebagai tanda penghargaan atas khidmat yang diberikan kepadanya sepanjang Vivy dan bayi berada di situ.
Melalui perkongsiannya sebelum itu pun, dapat dilihat betapa Vivy dan suami begitu ‘enjoy’ dan selesa melalui hari-hari selepas melahirkan di wad peribadi di situ.
Inilah yang dikatakan ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa’. Vivy yang terkenal sebagai seorang yang memang murah hati dan suka memberi dilihat tidak hanya menghadiahi mereka dengan produk jenamanya, dUCk seperti shopping bag dan anak tudung, malah turut menitipkan nota yang ditulis tangan.
Alhamdulillah. Semoga Vivy dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan perniagaan lancar. Ini contoh yang baik untuk diikuti. Walau kita membayar servis yang diberikan, tidak salah untuk memberi penghargaan ‘ekstra’ yang pasti membuatkan kakitangan ini tersenyum sepanjang menjalankan tugasan mereka.
Selamat meneruskan sesi berpantang di rumah, Vivy!