Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Waktu Macam Ni Jagalah Kesihatan, Jangan Sampai Masuk Hospital. Ada DUIT Pun Belum Tentu Diterima Hospital Swasta!

Afiza Kamarulzaman
16/07/2021 13:14 MYT
Perkongsian pelakon, Rebecca Nur Islam baru-baru ini perihal seisi keluarga dan pembantu rumahnya yang disahkan positif Covid-19 benar-benar mereobek hati kita. Ia juga menyedarkan kita bahawa sebanyak mana pun wang kita ada, belum tentu terjamin urusan sakit pening kita dipermudahkan.


Dalam keadaan terdesak sekarang ini, tidak dinafikan ada kala kakitangan perubatan tidak mampu lagi melayan setiap orang dengan sebaik-baik layanan. Menurut Rebecca dalam livenya baru-baru ini, dia begitu ‘tersentak’ saat suaminya disahkan positif Covid-19 tahap empat.


Detik menghantar suami yang sesak nafas dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan pasti tidak dapat dilupakannya. Apa yang menyayat hati adalah kesukaran untuk menempatkan suaminya di mana-mana hospital swasta sekitar Kuala Lumpur. Semua hospital tidak menerima pesakit ketika itu kerana kuota sudah penuh, malah mereka juga mempunyai waiting list sekitar 60 ke 100 yang perlu didulukan.



Ada Duit, Tapi Tempat Tiada


Inilah yang dikatakan apabila duit tidak lagi berharga apabila dalam situasi darurat seperti ini membelenggu insitusi perubatan negara. Pesakit semakin ramai dan hospital tidak mampu lagi menampung kepadatan pesakit. Inilah yang sangat kita bimbangkan. Bukan hanya sakit dek Covid-19 , malah apa jua penyakit yang menyerang dan memerlukan kita ke hospital adalah sangat menakutkan buat masa sekarang ini.


Justeru, sangat penting untuk kita memastikan tahap kesihatan berada dalam kondisi yang baik. Elakkanlah gaya hidup yang memudaratkan. Jika tiada urusan penting, duduk sajalah di rumah. Dan, apabila berada di rumah, jangan pula habiskan masa dengan makan dan bermalas-malasan saja. Dibimbangi mengudang penyakit lain pula


Mulakan langkah pertama seawal usia dan tidak ada istilah dah terlewat untuk kita mengubah rutin harian kita ke arah gaya hidup yang lebih sihat.




Kredit Foto: Google


Mencegah Lebih Baik Dari Ke Hospital



#hospital #Kesihatan #Jaga Diri
;