Highlights
Waktu PKP Ini, Jangan Lupakan Mak Ayah, Keluarga Yang Jauh. Tanyalah Khabar Mereka, Silaturahim Jangan Putus.
Duduk diam di rumah dan tidak boleh mengujungi rumah sesiapa sekali pun Mak Ayah bukan bermakna kamu harus meminggirkan terus mereka. Agak sedih apabila melihat ada warga emas yang duduk sendirian di rumah kampung terputus bekalan makanan dan tidak dirawat kesihatan mereka sebaik mungkin. Alasan yang selalu diberi, anak-anak duduk jauh dan tidak boleh datang membantu.
Jika sebelum Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) pun anak-anak langsung tidak mengambil berat, ketika PKP apatah lagi. Ada yang langsug tidak risau dengan keselamatan dan kesihatan ibu ayah. Yang punya keluarga adik-beradik pun tidak mahu bertanya khabar, seolah-olah PKP ini memutuskan hubungan kekeluargaan. Masing-masing mengambil sikap pentingkan diri sendiri.
Kredit Foto: Google
Pastikan Mak Ayah Cukup Keperluannya
Selain perlu memberitahu orang tua akan pentingnya duduk di rumah dan menjada keselamatan diri ketika PKP ini, menjadi tanggungjawab anak-anak tidak kira tinggal di mana, untuk memastikan keperluan ibu ayah terjamin dan lengkap semuanya. Jika tidak mampu untuk memberikan secara terus, banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membantu mengadakan semua keperluan mak ayah itu.
Antaranya membeli secara dalam talian. Kamu juga boleh menggunakan khidmat orang perseorangan yang semakin banyak menawarkan servis mengambil upah membelikan barang keperluan. Sediakan semua senarai barang yang diperlukan, masukkan duit ke dala akaun orag tersebut dan maklumkan kepada ibu ayah. Ini bagi mengelakkan mereka menghabiskan banyak masa di luar. Kamu sendiri tahu kan virus Corona ini lebih mudah menjangkiti warga emas.
Kredit Foto: Google
Sekali ke dua kali seminggu, hubungilah adik-beradik dan kaum keluarga untuk bertanyakan khabar mereka. Walaupun tidak boleh berjumpa secara fizikal, namun jangan jadikan alasan hubungan menjadi renggang. Hidup ini bukan hanya tentang diri kita sendiri. Aktiflah dalam grup WhatsApp keluarga untuk berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau grup kawan-kawan, boleh pula kamu menyembang sehari suntuk.
Jika didapati ada ahli keluarga yang kurang berkemampuan, ambil inisiatif untuk membantu dari segi kewangan atau nasihat. Jangan harapkan orang luar untuk membantu sedangkan ada ahli keluarga sendiri yang mampu. Dahulukan bantuan sesama adik-beradik daripada orang luar. Ia lebih banyak pahala dan keberkatannya. Jangan hanya kita duduk kekenyangan di rumah, sedangkan ada adik-beradik yang bercatu makan minumnya.
Kredit Foto: Google
Dalam tempoh PKP ini juga ada antara ahli keluarga kita yang menyambut hari pentingnya seperti ulangt tahun perkahwinan atau hari jadi. Jangan dilupakan dengan alasan tidak boleh keluar rumah. Kamu boleh sahaja menempah kek atau jambangan bunga untuk dihantar terus kepada mereka yang ingin kamu raikan. Sebagai contoh tempahlah kek daripada penduduk sekitar rumah mak ayah dan minta untuk dihantar terus ke rumah mak ayah itu. Pasti mereka terharu walau anak tiada di sisi tapi ingatan tidak luntur.
Jangan lupa untuk membuat panggilan video atau kirimkan ucapan menerusi WhatsApp atau SMS. Kadang-kadang ingatan itu tidak hanya perlu dizahirkan dengan kehadiran diri, secara alam maya pun sudah mencukupi untuk dirasai.
Kredit Foto: Google
Jangan Lupakan Mereka Dalam Setiap DoaInilah yang penting di kala ini. Jangan lupa titipkan nama mereka di dalam setiap doamu. Jauh di mata tetapi tetap ada dalam kucupan doa. Mohon kepada Allah semoga ibu ayah dan ahli keluarga sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video