Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wanita AKTIF dan LASAK Lebih Positif, Cekal, Tak Lembik dan Cekap Uruskan Kehidupan. Jom, Gerakkan Badan!

Afiza Kamarulzaman
25/06/2020 14:16 MYT


Kita perempuan boleh berlemah-lembut, bersopan-santun dan sentiasa menjaga tata-tertib. Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita menjalani gaya hidup yang sihat, aktif, lasak dan sentiasa pantas melakukan pekerjaan. Perilaku ini tidak sedikit pun akan menjejaskan tata susila kita sebagai wanita timur yang berbudi pekerti. Tidak pula akan menjadikan kita kelihatan tidak manis.


Nenek dan emak kita dulu bukan semuanya lemah-lembut yang tidak aktif. Mereka lebih aktif sebenarnya menerusi rutin harian mereka yang langsung tidak dibantu oleh kemodenan alat atau mesin hari ini. Contohnya mereka banyak berjalan kaki kerana dulu tiada kenderaan. Mereka berkebun kerana susah untuk mendapatkan bahan mentah di kedai. Mereka memasak, mencuci pakaian dan menguruskan hal rumah tanpa bantuan pembantu.


Inilah yang menjadikan mereka aktif dan banyak mengeluarkan peluh tapi adakah ia menjejaskan kewanitaan mereka? Tidak. Dan, berbeza pula dengan gaya hidup kita hari ini yang banyak dimudahkan dengan bantuan teknologi, maka perlulah kehidupan aktif itu disalurkan menerusi cara yang lebih terancang seperti bersukan dan melakukan aktiviti lasak yang dapat menjadikan kita aktif dan mengeluarkan peluh.



Kredit Foto: Google


Kebaikan Menceburi Aktiviti Lasak:

Jadi, mulai hari ini jom kita amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa cergaskan diri. Jika tidak punya waktu untuk bersukan atau melakukan aktiviti riadah di luar, cukuplah dengan melakukan aktiviti harian di rumah menerusi pergerakan yang pantas dan tangkas. Berjalan laju misalnya. Atau ketika membuat kerja rumah, buatlah dengan pergerakan laju agar peluh dapat terpercik keluar dan kerja pun menjadi cepat siap.


Jika boleh dikurangkan penggunaan mesin atau alat bantuan, elakkanlah. Gantikan dengan penggunaan tenaga sendiri. Contohnya tidak menggunakan vakum sebaliknya gunakan penyapu. Kurangkan penggunaan mesin basuh dan sental baju dengan tangan. Tumbuk cili menggunakan lesung batu dan simpan saja pengisar. Begitulah peralihan yang boleh kita lakukan untuk menjadi lebih aktif dan melatih diri untuk tangkas dalam melakukan sebarang pekerjaan. Selamat mencuba!


Kredit Foto: Google

#Gaya Hidup #Kesihatan #Aktif
;