Highlights

Wanita Bersolek Bukan Sebab Tak Yakin, Tapi Ia Cara Kami REWARD Diri dan Elak Orang Mengata. Hehehe...

gempak
Afiza Kamarulzaman
02/09/2020
03:27 MYT
Sponsor Banner
Wanita Bersolek Bukan Sebab Tak Yakin, Tapi Ia Cara Kami REWARD Diri dan Elak Orang Mengata. Hehehe...
Ada sesetengah berpendapat mengatakan mereka sukakan wanita dengan natural beauty sahaja. Tetapi, tahukah kamu untuk mendapatkan natural beauty itu juga memerlukan sedikit bantuan mekap. Melainkan, memang mereka diaugerahkan kulit yang cantik, bentuk wajah sempurna dan terletak elok.
Tidak semua orang bersolek untuk berbangga-bangga atau memancing pujian orang. Rata-rata wanita yang ditemui melahirkan pendapat bahawa mereka bersolek untuk menutup cela dan kelihatan lebih berketrampilan apabila berjumpa dengan orang. Apatah lagi sebagai tuntutan kerja untuk bertemu dengan orang-orang penting.
Tentulah tidak berapa manis apabila wajah kusam dan sememeh sahaja apabila perlu menjalinkan komunikasi dengan orang di sekeliling. Apa pula dikata orang jika kita ini mewakili sesuatu syarikat atau majikan. Setidak-tidaknya dengan sedikit mekap dapat memberikan kita lebih keyakinan dan mood yang lebih baik.
Kredit Foto: Google
Bersolek Sederhana, Jangan Keterlaluan
Solekan terbaik itu adalah solekan yang tidak sampai mengubah keaslian wajah. Cukuplah lekapan solekan itu menutupi cela wajah yang mungkin melemahkan semangatmu. Mekap yang terlalu tebal juga boleh menyebabkan orang lain berada kekok untuk berdampingan dengan kita kerana umpama ada jurang.
Maka, bersoleklah seadanya sahaja. Cukup dapat menaikkan seri wajah dan buat kamu kelihatan lebih segar. Tentu tidak harmoni penampilan diri jika baju disarung cantik tetapi muka pula kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jadi, inilah perlunya alat solek untuk menambah seri di luar terus ke dalam.
Kredit Foto: Google
Tips Solekan Sederhana Untuk Seharian
  • Setelah selesai dengan regim penjagaan kulit, jangan lupa untuk memakai tabir suria untuk melindungi kulit dari sinar matahari.
  • Pilihlah bedak asas jenis cecair yang memberi litupan ringan. Calitkan dengan kuantiti sedikit sahaja sekadar menyeratakan tona kulit.
  • Alaskan dengan sapuan bedak padat atau debu untuk setkan bedak asas tadi. Ia juga mengelakkan wajah kelihatan terlalu berkilat atau berminyak.
  • Jangan lupa bawa bedak padat dalam tas tangan untuk touch-up apabila perlu.
  • Layangkan pemerah pipi rona manis sahaja pada buah pipi. Jangan sapu terlalu pekat ya!
  • Jika mata sembap, celakkan sedikit garis mata rona coklat gelap atau boleh juga memakai pembayang mata sebagai dasar di atas bulu mata itu.
  • Jika tidak, pakailah maskara untuk memberi ‘nyawa’ kepada matamu.
  • Jika mempunyai kening yang jarang, warnakannya sedikit. Tak perlu diukir, cukup diberi sedikit rona di atasnya.
  • Akhiri dengan sapuan salap bibir atau lip balm, seterusnya gincu rona lembut.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live