Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Welcome Back Abah! – Netizen Menyokong Penuh Pelantikan KJ Dalam Kabinet. Ada Yang Tiba-Tiba Minat Sains Ke Tu? Hehehe…

Huda Hussain 11/03/2020 | 02:30 MYT
Yang Berhormat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ adalah antara wajah menteri kabinet yang menjadi tumpuan usai senarai penuh barisan Menteri diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Kredit Foto: Google
Kembalinya KJ dalam barisan menteri nyata disambut baik malah menjadi bualan hangat netizen. Memegang portfolio Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, beliau yang berusia 44 tahun sebelum ini cukup popular dalam kalangan belia khususnya apabila diberi mandat menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018.
Kredit Foto: IG Khairykj
Ahli Parlimen Rembau ini juga dahulunya pernah memegang jawatan penting dalam lanskap politik iaitu Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Menantu kepada mantan Perdana Mneteri Tun Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi ini juga merupakan ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan di peringkat akar umbi pula. Pendekatannya yang mudah mesra dan mendekati rakyat menyebabkan nama KJ popular sekali gus menjadi antara wajah Menteri favourite dalam barisan kabinet 2020. Telusuri sebahagian perjalanan awal KJ dalam lapangan politik Malaysia.
Kredit Foto: Google
Kehidupan Awal
Dilahirkan di Bandar Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976, beliau adalah anak lelaki tunggal daripada tiga adik-beradik bagi pasangan bekas diplomat Datuk Seri Haji Jamaluddin Haji Abu Bakar dan Datin Seri Rahmah Haji Abdul Hamid. Terdahulu, Allahyarham bapanya adalah bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom. Manakala ibunya Datin Seri Rahmah merupakan seorang sukarelawan. Mendirikan rumahtangga bersama Nori Abdullah, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali,Timor Abdullah dan Raif Averroes.
Kredit Foto: Google
Pendidikan dan Karier
Melanjutkan pengajian di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom, ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya menamatkan pengajian dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). Manakala bermual 1997 hingga 1998 beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford.
Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, KJ begitu lantang dalam penulisannya dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Pada tahun 1998 hingga 1999 beliau pernah menjadi Pengacara TV rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm.
Kredit Foto: IG Khairykj
Pernah bergelar Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. Pada tahun 2004 hingga 2006 beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan menceburi bidang perniagaan.
Kredit Foto: IG Khairykj
Semoga kembalinya KJ dalam arena politik dan barisan kabinet mampu menyuntik semangat kepada segenap lapisan masyarakat khususnya menarik minat semua mendalami bidang sains, teknologi dan inovasi. Welcome back Abah!
#Khairy Jamaluddin #Kabinet 2020 #Menteri Sains Inovasi dan Teknologi
;