,
Highlights

WhatsApp Group – Fahami Konsep, Ada Benda Boleh Kongsi, Ada Benda Sila PM Tepi. Fikir Dulu Sebelum Typing...

Afiza Kamarulzaman
26/09/2020
14:48 MYT
Aplikasi WhatsApp kini menjadi antara aplikasi popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia. Kemampuannya menghubungkan manusia tidak dapat disangkal lagi. Malah, menjadi platform untuk menyatukan sesuatu organisasi bagi memudahkan diskusi dan komunikasi.
Daripada kumpuan rakan-rakan, keluarga, pejabat, rombongan atau apa saja, ia sangat besar fungsinya untuk memudahkan urusan mesyuarat dan mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara. Di sebalik manfaatnya yang besar dalam mendekatkan hubungan dan silaturahim, ada kala terjadi juga sengketa, pendebatan dan akhirnya terputus rangkaian.
Ahli kumpulan WhatsApp harus faham konsep kumpulan itu ditubuhkan. Tidak semua perkara atau isu boleh dikongsi atau diperbincangkan secara terbuka. Apa lagi jika di dalam kumpulan itu mempunyai kepelbagai sifat dan ragam ahlinya. Sebaiknya, isu yang diketengahka biarlah yang asas saja dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
Kredit Foto: Google
Tertib Berkomunikasi di Aplikasi WhatsApp Group
  • Elakkan berbincang hal atau isu yang sensitif seperti politik, agama dan sebagainya, jika diketahui ahli di dalamnya mempunyai kefahaman berbeza.
  • Tidak salah berkongsi mesej-mesej berupa ingatan atau pedoman tetapi elakkan disulami pendapat peribadi berunsur sindiran.
  • Jika ada sesuatu yang tidak berpuas hati dengan mana-mana ahli, jauhi membincangkannya di dalam kumpulan. Sebaiknya, terus kepada orang tersebut.
  • Jangan aib-mengaib antara satu sama lain.
  • Jika mahu mempromosikan sesuatu jualan atau perniagaan, pastikan meminta izin kepada semua ahli. Jika ada yang tidak senang, mohon maaf terlebih dulu.
  • WhatsApp sama juga seperti platform media sosial lainnya. Tidak semua perlu dikemukakan di situ. Lain orang akan lain pemerimaannya. Ada yang mungkin jujur dan sebaliknya kerana ada kala mesej yang disampaikan tidak sejelas apabila berdepan.
  • Pastikan kamu tahu tajuk kumpulan WhatsApp yang diundang. Jika untuk kumpulan komuniti penduduk misalnya, pastikan apa yang dikongdi di situ berkaitan dengan penduduk sahaja. Jangan meleret sehingga buat orang muak dan akhirnya leave group.
  • Bersikap positif dan elakkan menyebar perkara negatif di dalam kumpulan itu jika mahu semua ahli kekal bertenang sepanjang kumpulan tertubuh.
  • Bersihkan hati dan niat agar silaturahim sesama ahli kekal harmoni dan tidak disulami sengketa mahupun perdebatan.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

gempak
25/08/2024
08:00 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial apabila berkongsi kata-kata positif, pada Ahad.
Viral

Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”

gempak
25/04/2024
06:25 MYT
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
Hiburan

Mulan Jameela Buat Grup WhatsApp Menu Ramadan, Ikut Selera & Persetujuan Suami

gempak
11/03/2024
13:55 MYT
Mulan Jameela memberitahu dia juga mahu memastikan seluruh ahli keluarganya berbuka puasa dengan menu makanan yang baik dan berkhasiat.
Gaya Hidup

Bukan Ada Masalah, Rupanya Memang WhatsApp Perkenal Elemen Hijau Sebagai…

gempak
03/03/2024
08:50 MYT
Jangan risau okay.
Gaya Hidup

Tak Perlu Aplikasi Lain, Sekarang Dah Boleh Hasilkan Sticker Whatsapp Dengan Mudah! Ini Caranya

gempak
13/01/2024
06:55 MYT
Kini, perkongsian sticker menjadi lebih menarik dan mudah menerusi ciri baharu yang diperkenalkan Whatsapp menerusi kemas kini aplikasi yang terkini
BorakSeeni