Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

WhatsApp Group – Fahami Konsep, Ada Benda Boleh Kongsi, Ada Benda Sila PM Tepi. Fikir Dulu Sebelum Typing...

Afiza Kamarulzaman 26/09/2020 | 14:48 MYT
Aplikasi WhatsApp kini menjadi antara aplikasi popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia. Kemampuannya menghubungkan manusia tidak dapat disangkal lagi. Malah, menjadi platform untuk menyatukan sesuatu organisasi bagi memudahkan diskusi dan komunikasi.
Daripada kumpuan rakan-rakan, keluarga, pejabat, rombongan atau apa saja, ia sangat besar fungsinya untuk memudahkan urusan mesyuarat dan mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara. Di sebalik manfaatnya yang besar dalam mendekatkan hubungan dan silaturahim, ada kala terjadi juga sengketa, pendebatan dan akhirnya terputus rangkaian.
Ahli kumpulan WhatsApp harus faham konsep kumpulan itu ditubuhkan. Tidak semua perkara atau isu boleh dikongsi atau diperbincangkan secara terbuka. Apa lagi jika di dalam kumpulan itu mempunyai kepelbagai sifat dan ragam ahlinya. Sebaiknya, isu yang diketengahka biarlah yang asas saja dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
Kredit Foto: Google
Tertib Berkomunikasi di Aplikasi WhatsApp Group
Kredit Foto: Google
#whatsapp #WhatsApp Group #Left
;