Personaliti

WORK FROM HOME, Jujur Dengan Diri Sendiri. “Bekerjalah Sambil Cari Keberkatan” – Ustaz Halim Din

gempak
Penulis Jemputan
19/01/2021
04:05 MYT
Sponsor Banner
WORK FROM HOME, Jujur Dengan Diri Sendiri. “Bekerjalah Sambil Cari Keberkatan” – Ustaz Halim Din
Teks: Nor Hatina Shuib
Hari ini, rata-rata pekerja menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dengan bekerja dari rumah sejak dunia dilanda virus Covid-19 .
Ini bermakna lapan jam waktu bekerja dijalankan di rumah dan dipantau majikan menerusi teknologi Online.
Penjagaan waktu bekerja walaupun hanya bekerja dari rumah atau popular dengan gelaran Work From Home adalah yang menjadi satu rutin baharu di kala Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan akibat pandemik Covid-19 yang semakin meruncing ini.
Namun timbul bunyi kurang enak apabila ada sebilangan profesion pekerjaan dipertikaikan tanggungjawab mereka kerana bekerja hanya dari rumah.
Antara yang pernah dikecam hebat adalah profesion perguruan dan beberapa bidang lain yang terbabit dalam pengurusan.
Paling pedih telinga, ada suara-suara yang mula bersuara dan yang mengaitkan ia dengan berkat bekerja dan berkat gaji yang diterima setiap bulan sehingga ada yang membahaskan isu ini daripada segi hukum agama.
Bagi yang memiliki rakan suka ‘curi tulang’ ketika sama-sama bekerja di pejabat, timbul kegusaran bagaimana andainya sifat sama dibawa berterusan ke rumah ketika bekerja.
“Risau juga bila semua kena bekerja dari rumah sekarang. Sedangkan di pejabat pun dia kerap ambil MC, banyak alasan itu ini, bagaimana dia handle kerja dari rumah,” kata seorang majikan berkongsi perasaan.
Kredit foto: Google
Sejauh Mana Pekerja Benar-Benar Bekerja Dari Rumah? Sebagai pekerja yang amanah bekerja, sedikit sebanyak tentunya menghiris di sanubari apabila hal keberkatan ini disentuh orang.
Namun tidak kurang yang rasional menerima teguran dan tertanya-tanya bagaimana boleh seseorang pekerja itu melengkapkan tempoh masa lapan jam bekerja sama seperti di pejabat dan mendapat keberkatan walaupun bekerja dari rumah.
Manakala bagi pekerja yang penuh amanah, merek juga tertanya-tanya, bolehkah seseorang pekerja itu menggantikan masa terkurang ketika bekerja di rumah pada waktu malam atau waktu atau hari cuti mereka kerana ada masanya terlalu sibuk menguruskan anak atau ada urusan penting mahu dilaksanakan sehingga sedikit sebanyak masa bekerja itu terpaksa dicuri.
Hakikatnya, mungkin kita sendiri boleh bertanya pada diri sendiri dan terfikir sejenak, adakah kita menyayangi pekerjaan kita dan menganggap ia sebagai satu amanah atau sekadar cukup mendapat gaji saja.
Kita perlu mengetahui amanah dalam bekerja bukan sahaja datang dari majikan kita, tetapi juga secara tidak langsung hal tersebut adalah amanah terhadap kita sebagai manusia yang hidup di bumi ini dan bagaimana kita memegang amanah ini sebaiknya supaya setiap detik yang kita kerjakan , ia akan ditimbang tara dan disoal kelak oleh yang Maha Berkuasa.
Foto: Pendakwah bebas, Ustaz Halim Din
Bekerjalah Sambil Cari Keberkatan – Ustaz Halim Din Berkongsi pandangan, Pendakwah bebas, Ustaz Halim Din berkata keberkatan bekerja adalah pekerjaan yang dilakukan dan akan mendatangkan manfaat kepada yang melakukan dan memgusahakannya.
Selain itu keberkatan pekerjaan dinilai daripada ciri-ciri pekerjaan yang dilakukan iaitu pekerjaan mesti yang baik yang halal tidak bersifat syubhah.
“ Keberkatan pekerjaan juga diperincikan juga mesti dalam ketaatan kepada Allah sebagai contoh solat fardhu didirikan semasa dalam tempoh bekerja serta zakat wajib ditunaikan iaitu zakat pendapatan,” katanya.
Beliau berkata, seorang pekerja juga mestilah bersifat amanah dan jujur.
Pekerja juga perlu menjauhi perkara haram seperti mengambil rasuah, ponteng waktu kerja dan mengambil harta syarikat dan sebagainya.
Kredit foto: Google
“ Kebiasaannya keberkatan pekerjaan boleh dilihat pada diri sendiri semakin bersyukur, semakin taat kepada Allah SWT, sebaliknya hilang keberkatan boleh dilihat sebaliknya sehingga diri semakin jauh kepada Allah SWTdan semakin jauh untuk mengingati Allah SWT,” katanya.
Maka, carilah pekerjaan yang mendatangkan keberkatan, bukan dengan besarnya gaji yang diperoleh seperti sabda bagind Rasulullah, Pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang betul dan diberkati.
Panduan mencari keberkatan musim PKP
  1. Buat jadual bekerja supaya anda ada panduan masa dan aktiviti seimbang antara bekerja dan mengawasi anak di rumah.
  2. Sediakan suasana bekerja seperti di pejabat. Hias bilik atau sudut bekerja anda supa jiwa tenang untuk bekerja dan tiada gangguan daripada sesiapa ketika bekerja.
  3. Elakkan dan kawal nafsu untuk ‘ponteng’ bekerja walaupun majikan tidak nampak apa anda lakukan. Hanya keluar untuk beli belah atau ke kedai makan pada waktu selepas bekerja atau waktu rehat anda. erj
  4. Berbincang dengan berhemah dengan majikan atau rakan kerja jika ada apa –apa halangan atau masalah sepanjang anda perlu bekerja di rumah
  5. Jangan berkira dengan masa ketika bekerja dari rumah dan tunjukkan komitmen anda.
  6. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berusaha gigih kerana mengikuti pesanan Nabawi seperti hadis yang diriwayatkan Saidatina Aishah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang hamba yang apabila dia bekerja, dia menyempurnakan pekerjaannya. (HR Tabrani)
Dalam mendapatkan pekerjaan untuk meraih rezeki Allah, kita hendaklah mencari pekerjaan yang halal dan menjauhi yang haram.
Dari Jabir bin 'Abdillah RA, Nabi SAW bersabda: "Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga ia benar-benar telah mencari seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya.
Maka bertakwalah kepada Allah dan tempuhilah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang hara.
Kredit foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live