Ceritera disebalik koleksi serba hitam kali ini membawa inspirasi dari rumpun kata bahasa arab "Alkahf" yang bermaksud 'Gua yang Kelam'. Ia umpama membawa bayangan kelam itu keluar bersama sebuah Harapan (Hope), untuk kita melalui situasi getir ini. Dari sisi kelam yang terperangkap dalam emosi sunyi serta penuh kerinduan buat emak dan ayah dikampung.


Pereka fesyen, Zaimi Zulkafli menginterpretasikan Alkahf atas rasa cinta buat tanah air, demi melihat Malaysia pulih dan kita bisa mengembalikan memori penuh keriangan bersama keluarga kerana tiada yang mustahil dengan sebuah 'harapan'.





Rekaan multi-fungsi mesra vaksin istimewa buat anda yang buntu memilih busana serba ringkas, namun kekal indah, longgar serta sejuk dipandang untuk mengambil suntikan vaksin. ZaimiZulkafli terinspirasi demi memudahkan petugas-petugas kesihatan dalam kelancaran proses pemberian vaksin, sekaligus menarik perhatian dan mendorong semua golongan untuk memilih divaksinkan.


Ia juga didatangkan dalam lima rekaan serba asas, kemeja-T kolar bulat, kemeja-T lengan panjang berlisu, celana 'flared' pinggang tinggi, kurung mesra vaksin, 'draped' kaftan dan tumbler koleksi terhad Alkahf. Pemilihan material premium cotton, armani satin silk, crepe satin dan basic cotton antara yang diguna pakai dalam koleksi kali ini.






“Masih segar dalam ingatan kami, team Zaimizulkafli Creations ketika membanting tulang menjahit baju petugas hadapan iaitu persalinan PPE. Walaupun penat, kami berusaha siang dan malam untuk membantu negara. Besar harapan kami untuk melihat negara boleh kembali seperti sedia kala, saling membantu dan sayang menyayang antara satu sama lain,” ujar Zaimi kala dihubungi InTrend.



Kenapa memilih rona hitam, adakah ia cerminan ‘kegagalan’ atau masa depan yang gelap? Celah saya? Jawab Zaimi, “Oh tidak sama sekali! Hitam adalah warna sejagat, dalam fesyen, ia warna yang mesti ada di setiap gerobok persalinan setiap orang. Zaimizulkafli memilih warna hitam melambangkan mereka yang mempunyai matlamat dan harapannya sendiri untuk masa depan.







Hitam juga dipilih kerana para imam juga menggunakan hitam dalam pakaian mereka. Ini adalah peraturan mereka yang telah berkembang selama bertahun-tahun. Dan dalam keadaan ini, dia juga mempunyai tujuan dan membawa makna tertentu. Konfusianisme memberikan pengetahuan dan kebijaksanaan, dan mempunyai hala tuju dan sasaran. Rona hitam adalah warna yang tidak akan salah kala kita menggayakannya,” ujarnya penuh harapan dan keyakinan untuk negara kembali seperti sediakala.


Koleksi ini boleh didapati di laman sesawang zalmizulkafli.com.