Ada dalam kalangan kalian pernah punya pengalaman ‘terkena’ panggilan daripada scammer? Pasti cuak kan? Bagaikan dipukau rasanya. Dan entah kenapa mudah sungguh kita melayani panggilan mereka dan mengikut sahaja apa yang dipinta. Hinggakan tanpa sedar segala nombor akaun atau nombor pin diberi begitu sahaja.


Dan ini adalah teknik penipuan atau scammer terbaru yang kian tular di media sosial. Betapa ramai golongan di luar sana yang terdesak dan memerlukan duit untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga sanggup melakukan pelbagai cara. Sama ada halal atau haram, menipu atau tidak tidak lagi menjadi penentu.


Kredit Foto: Google


Penulis berasakan perlunya untuk berkongsi bingkisan cerita ini memandangkan ia terkait dengan pandemic Covid-19. Bagaimana cara penipuan licik mereka? Baca huraian selanjutnya yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris, Pengerusi dan Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia

"Hello, berdasarkan sistem kami Tuan telah terdedah kepada seseorang yang positif COVID19. Tuan dan keluarga perlu kuarantin di rumah dan menjalani ujian COVID19."

Kalau dapat panggilan telefon seperti ini mesti anda panik kan? Jika betul- betul dari Pejabat Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri, tak mengapa. Tapi hati - hati dengan scammer yang menunggang isu COVID19.


Kredit Foto: Google


"Tuan dan keluarga perlu menjalani ujian COVID19 dalam masa 72 jam dari sekarang. Kami akan hantar satu set ujian ke alamat Tuan. Bayaran RM 150 akan di caj untuk ujian ini."

"Boleh Tuan sebutkan NOMBOR KAD KREDIT DAN TIGA NOMBOR AKHIR DI BELAKANG KAD?"
JANGAN...
JANGAN...
JANGAN...
JANGAN DEDAHKAN nombor kad kredit.


Ini bukanlah SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kakitangan KKM takkan telefon untuk minta maklumat kad kredit.
Ya, pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri akan hubungi jika ada keperluan "contact tracing". Tapi panduan dan temujanji akan diberikan untuk saringan dibuat di fasiliti kesihatan yang berkenaan.


Kredit Foto: Google


Jika anda terima panggilan yang minta maklumat untuk urusan pembayaran, jangan berikan sebarang maklumat. Dapatkan maklumat dari pemanggil seperti nama dan institusi pemanggil. Rekodkan nombor telefon pemanggil dan saya cadangkan buat laporan polis.

Zaman sekarang, scammer akan gunakan keresahan dan panik masyarakat untuk membuat penipuan dan mengaut keuntungan. Percayalah, apabila maklumat kad kredit dicuri, bukan RM 150 sahaja yang hilang, mesti sampai "max out" had kredit terus.
Hati - hati ya.