Zaman Sekarang, Peminjam Boleh Berlagak Selamba. Pemberi Pinjam Pula Yang Segan Minta Hutang. Betulkah?
Huda Hussain
01/06/2020 15:00 MYT
01/06/2020 15:00 MYT
Situasi ini pasti pernah dialami kebanyakan daripada kita. Sama ada kita yang meminjam daripada sesiapa ataupun kita yang memberi pinjaman kepada yang meminta. Faham, masing-masing punya masalah atau kemelut kewangan. Baik yang makan gaji atau bekerja sendiri sudah tentu tidak dapat lari daripada soal hutang. Lazimnya apa yang membuatkan seseorang itu terdesak atau perlu berhutang adalah apabila:
Salah satu alasan utama dibelenggu hutang adalah apabila kehilangan tulang belakang keluarga. Kes seperti ini seringkali menyebabkan anggota keluarga yang ditinggalkan harus melunaskan hutang kad kredit/pinjaman peribadi yang masih berjalan dan tidak dilindungi oleh insurans kredit. Hal ini bermaksud hutang tersebut menjadi warisan dari arwah kepada ahli waris/keluarga yang ditinggalkan.
Dari sudut yang lain ada juga kes yang menyebabkan keluarga yang ditinggalkan terpaksa memohon pinjaman dana baharu berbentuk pinjaman peribadi atau kad kredit. Ketika keluarga yang ditinggalkan tidak mampu melunaskan hutang tersebut, apatah lagi mereka berpotensi untuk terjerat dalam hutang.
Kehilangan pekerjaan adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat. Kes ini berpotensi untuk menyebabkan para peminjam tidak mampu melunaskan hutang yang masih berjalan, sehingga membuatkan mereka menunggak dan dibelenggu hutang. Penyelesaian yang dapat anda lakukan untuk melunaskan hutang ini tentu sekali dengan mencari pekerjaan baru, agar dapat digunakan untuk melunaskan hutang yang tertunggak.
Penyebab lain seseorang dapat terjerat hutang adalah kerana ditimpa musibah seperti penyakit atau kemalangan. Perbelanjaan yang dihabiskan dalam pembiayaan kesihatan biasanya sangat besar, sehingga kadangkala orang memerlukan bantuan kad kredit untuk menampung pembayaran tersebut. Selesai sahaja bayaran rawatan, masih ada tunggakan hutang yang terus menggunung akibat kad kredit yang digunakan.
Pada umumnya, untuk memulakan sebuah perniagaan, seseorang perlukan modal yang cukup besar, sehingga ada yang menggunakan pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan. Walaupun hal ini merupakan keputusan yang kurang tepat, masih ramai yang menggunakan pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan, bukan untuk mengembangkan perniagaan. Pada ketika perniagaan kurang berjalan lancar, usahawan seringkali akan perlahan-lahan terkubur dalam timbunan hutang yang seringkali memiliki nominal besar dan sukar dibayar.
Sumber: https://www.amalan.com/
Sungguh, amalan berhutang ini tidak boleh dipandang ringan. Bahkan menjadi tuntutan dalam agama Islam, apabila seseorang itu telah meninggal dunia; maka waris perlu melangsaikan hutang Allahyarham jika masih ada. Dikisahkan, Rasulullah SAW sendiri enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya.
Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."
Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani). Dan berdasarkan hadis ini, betapa berat dan pentingnya isu hutang dilangsaikan perlu diberi perhatian. Sekali gus ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi.
Justeru itu, bagi yang berhutang usahakanlah untuk melunaskan segala hutang-piutang anda. Kelak jika tidak dimaklumkan, akan mengundang pelbagai kemudaratan kepada waris yang ditinggalkan. Dan bukan itu sahaja, sekiranya tidak dijelaskan; ia akan menyebabkan roh seseorang hamba itu akan 'tergantung' selepas kematiannya.
"Maknanya, rohnya itu tidak sampai untuk diberikan rahmat oleh ALLAH SWT. Apabila seseorang itu mati, maka roh itu akan pergi ke tempat yang ALLAH rahmati dan tempat yang ALLAH tidak rahmati. Maka sebab itu, ia terawang-awang atau 'tergantung' hinggalah hutangnya dijelaskan oleh ahli keluarganya.” Ustaz Hadi Talhah dalam satu wawancara bersama sebuah portal berita online.
Oleh yang demikian, sama ada sedikit ataupun lambat; usahakanlah untuk membayar segala hutang kita. Malah dianjurkan doa tertentu yang boleh diamalkan bagi mengurangkan beban ini. Doa tersebut dianjurkan Nabi Muhammad SAW kepada Mu'az bin Jabal yang bermaksud ‘Ya Allah Ya Tuhan, aku berlindung kepada kamu daripada sifat dukacita dan sedih, daripada lemah dan malas, daripada takut dan bakhil, dan daripada berhutang dan tekanan manusia.’
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita yang sedang berhutang dan semoga dipermudahkan segala usaha kita untuk melunaskannya dengan cara yang halal disisi agama. Insya-Allah.
- Kehilangan Tulang Belakang Keluarga, Punca Pendapatan Utama

Kredit Foto: Google
- Kehilangan Pekerjaan
Kehilangan pekerjaan adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat. Kes ini berpotensi untuk menyebabkan para peminjam tidak mampu melunaskan hutang yang masih berjalan, sehingga membuatkan mereka menunggak dan dibelenggu hutang. Penyelesaian yang dapat anda lakukan untuk melunaskan hutang ini tentu sekali dengan mencari pekerjaan baru, agar dapat digunakan untuk melunaskan hutang yang tertunggak.
- Ditimpa Musibah
Penyebab lain seseorang dapat terjerat hutang adalah kerana ditimpa musibah seperti penyakit atau kemalangan. Perbelanjaan yang dihabiskan dalam pembiayaan kesihatan biasanya sangat besar, sehingga kadangkala orang memerlukan bantuan kad kredit untuk menampung pembayaran tersebut. Selesai sahaja bayaran rawatan, masih ada tunggakan hutang yang terus menggunung akibat kad kredit yang digunakan.
Kredit Foto: Google
- Gagal Dalam Perniagaan