Highlights

Zulin dan Aishah Dah Kurus, Kita Ni Bila Lagi? – Tu Masih Mengunyah Biskut Raya Ke? Badan Naik, Salahkan PKP Jelah!

gempak
Afiza Kamarulzaman
24/05/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
Zulin dan Aishah Dah Kurus, Kita Ni Bila Lagi? – Tu Masih Mengunyah Biskut Raya Ke? Badan Naik, Salahkan PKP Jelah!
Zulin Kawal Nasi dan Gula
Ketika mula-mula menceburi bidang seni ini, Zuliln terkenal dengan susuk tubuh gempal dan comel. Walau kerap diejek, namun Zulin bertabah dan perlahan-lahan mengambil inisiatif terbaik untuk menurunkan berat badannya dengan cara yang selamat. Zulin tidak sesekali percaya pada jalan singkat dengan menelan pil pelangsingan dan sebagainya.
Satu masa dulu, Zulin pernah berkongsi cara diet yang dilakukannya iaitu diet telur. Menerusi diet tersebut Zulin mampu kehilangan 10kg dalam masa sebulan dan kini beliau berpuas hati dengan berat badan ideal yang dimilikinya. Daripada berat badan 85kg sebelum ini, kini Zulin memiliki berat 60kg! Dan, ia nampak begitu hebat.
Menu Diet Seminggu Zulin
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato + 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad + ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Tengah hari: Sayuran hijau + salad ayam
Malam: 1 pinggan salad + 1 biji oren + 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak + 1 biji tomato + 1 sweet potato
Malam: Sald + ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/sitrus)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad + ayam kukus
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Tengah hari: Sayur rebus + 2 biji telur rebus
Malam: Salad + ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Tengah hari: Buah-buahan
Malam: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus + 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)
Tengah hari: Salad tomato + sayur kukus + ayam panggang
Malam: Sayur kukus
Aishah Turun 30kg!
Wow, ini satu angkat yang sangat menakjubkan! Gambar terbaru yang dimuatnaiknya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata terkejut dan terinspirasi dengan usaha beliau untuk menurunkan berat badan. Satu masa dulu, Aishah pernah mempunyai berat badan berlebihan. Dan, kini katanya badannya menyusut sehingga hampir kepada berat badan zaman mudanya dulu.
Program pengurusan badannya bermula dengan Bariatric Surgery. Namun, selepas berat badannya mendatar Aishah mencuba pula Coldtox yang membantu ‘menggerakkan’ semula penurunan berat badannya. “Kira pukul rata ukur lilit saya dah kurang dalam 10 hingga 12 inci. Kalau saiz baju dah drop dalam 6 size. Dulu saiz UK22 sekarang dah boleh muat 12, wah 2 saiz lagi dah sama besar masa saya bersama Fan Club,” tulisnya.
Dan, sejak berada di rumah sepanjang PKP ini, Aishah akui sudah kehilangan 30kg! “Nak muat naik gambar terbaru,selapas 30kg weight loss. Menunggu untuk break the next digit hahaha,memecah 'puluhan' yang dah bertahun-tahun tak pernah capai.Teruja pula. Kain saya tu dah panjang, sampai terpijak-terpijak. Ok kita target the next 10 kg,” Kongsi beliau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024