Sekilas
- Pempengaruh Aireena Sofia dedahkan bukti suaminya, Haqiem Stopa, tidur bersebelahan dengan wanita lain menerusi paparan skrin mesej di Threads.
- Wanita bernama Elly dalam mesej itu mengaku rasa seperti ‘penyondol’ kerana tidur sebelah Haqiem dan cuba ambil gambar tanpa dikesan.
- Sebelum ini, Haqiem juga pernah kongsi perbualan mesej dengan Aireena mengenai dakwaan kecurangan mereka.
Masalah rumah tangga masih belum temui jalan penyelesaian, kali ini pempengaruh Aireena Sofia tampil dengan bukti kecurangan suaminya iaitu Haqiem Stopa.
Menerusi perkongsian di Threads, Aireena atau lebih dikenali sebagai Jane memuat naik paparan skrin perbualan mesej dengan seorang wanita bernama Elly.
Menerusi mesej tersebut Elly mendakwa Haqiem sedang tidur sebelahnya dan dia berasakan dirinya seperti seorang ‘penyondol’.
“Dekat sebelah I ini, tengah tidur. Nak ambil gambar tapi I sangat takut. I dah macam girlfriend dia, tadi dia check hp I tau. How eh, I penyondol doh,” antara mesej yang
Pada perkongsian itu, Aireena turut mendakwa suaminya tidur bersebelahan dengan wanita tersebut.
“Secara nyata, tidur sebelah-sebelah rupanya,” tulisnya.
Sebelum ini, Haqiem memuat naik paparan skrin perbualan mesej antara dia dan isteri mengenai kecurangannya.
Menerusi perbualan itu, Jane berkata dia hanya mengatakan Haqiem curang bersekedudukan.
Sumber - Threads