Skip to main content

Selebriti

Jadi Saksi Kelahiran Anak, Fattah Amin Anggap Bersalin Normal Atau Czer Tiada Perbezaan - “Sebab Itu Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu”

Bakar isteri

Sekilas

  • Fattah Amin berkongsi pandangannya bahawa bersalin secara normal atau caesaran sama sahaja kerana kedua-duanya adalah pengorbanan ibu melahirkan anak.
  • Pelakon itu menyatakan setiap ibu mempunyai pengalaman kelahiran yang berbeza, ada yang mudah dan ada yang sukar.
  • Fattah juga menceritakan detik isteri, Amira Othman, memberi petanda untuk melahirkan anak mereka, Muhammad Jarir Umar, yang lahir pada 23 Jun lalu.
Advertisement

Baru sahaja menimang cahaya mata lelaki, pelakon, Fattah Amin berkongsi pandangannya mengenai kaedah bersalin secara normal dan caesaran (czer).

Menerusi perkongsian potongan siaran langsung di Tiktok, Fattah berkata bahawa kedua-dua kaedah tersebut tiada sebarang perbezaan kerana ia adalah hasil dari perjuangan seorang ibu demi melahirkan anak.

Advertisement

“Bagi saya tiada perbezaan. Bersalin secara normal atau czer, kedua-dua adalah pengorbanan seorang ibu melahirkan anak. 

“Saya menyaksikan sendiri proses kelahiran. Sebab itu, syurga anak terletak di bawah tapak kaki ibu kerana sang ibu telah bertarung nyawa,”katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu turut berkata bahawa setiap ibu mempunyai pengalaman dan proses kelahiran yang berbeza.

Advertisement

“Ada orang dapat proses kelahiran smooth dan mudah. Ada yang susah dan pelbagai. Semua pengalaman itu berbeza-beza,”ujarnya.

Sementara itu, Fattah turut berkongsi detik isterinya, Amira Othman yang memberi ‘hint’ untuk melahirkan anak mereka, Muhammad Jarir Umar.

“Pengalaman dan perjalanan kelahiran Jarir ialah selepas subuh, kami dah dapat hint yang Jarir akan keluar. Bila dah sampai masa, mereka pun terus bergegas. Keadaan Amira bila dapat hint, alhamdulillah baik-baik sahaja,”kongsinya.

Untuk rekod, Amira selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 Jun lalu.

Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Anda mungkin berminat dengan

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

Must Watch Video

Advertisement