Sekilas
- Ojen Aiwah meminta jurulatih kecergasan Tareq Fit berhenti menggunakan agama dalam kemelut mereka dan tidak mengganggu kehidupannya.
- Ojen menegaskan saman yang difailkan bukan isu peribadi tetapi berkaitan jenama makanannya yang dikaitkan dengan maklumat salah oleh Tareq.
- Ojen juga berkongsi bahawa dia mendapat kekuatan daripada doa ibunya yang sedang berjuang melawan kanser dan menegaskan dia mempunyai adab dan keimanan.
Pempengaruh media sosial dan usahwan Ojen Aiwah meminta jurulatih kecergasan iaitu Tareq Fit tidak menggunakan agama dalam kemelut mereka.
Mengakui emosi dan mentalnya terkesan disebabkan gangguan daripada Tareq, Ojen menerusi Threads juga meminta jurulatih itu untuk berhenti menganggu kehidupannya.
“Jangan main nama agama la. Kau dah kacau mental aku segala sudut. Semua aku buat kau semak semua salah! Personal aku kau sentuh okay lagi.
“Konten staf aku, kau tegur, semua posting aku, kau muncul. Lagu arab aku, kau kondem. Tup tup! sentuh brand, aku ni dah banyak masalah tau dengan mak aku kanser lagi.
“Jangan ganggu hidup aku lagi la! Jauhlah!!Tapi abang-abang gym yang kena hentam dengan dia dek kerana jual supplements. Standby belakang Ojen tau. Hadirkan diri, Popcorn Ojen sediakan,” tulisnya.
Pada perkongsian lain, Ojen turut memberitahu dia juga mempunyai Allah dan doa seorang ibu yang kini sedang berjuang melawan kanser.
“Kau ada Allah SWT? Aku ada ADAB. Aku ada DOA mak aku yang tengah berjuang kanser. Aku ada ALLAH SWT,” kata Ojen lagi.
Dalam pada itu, Ojen menegaskan tindakan dia untuk memfailkan saman terhadap Tareq bukan isu peribadi sebaliknya ia melibatkan jenama makanannya.
“Saya saman dia bukan sebab isu peribadi. Rasanya sejak foreigner tu tegur Ojen, saya tidak berkata apa-apa. Tiada kenyataan daripada saya. Dia ada point dan Alhamdulillah saya berubah menjadi lebih baik.
“Mungkin korang menilai berdasarkan sekarang tapi yang kenal Ojen tahu dari dulu Ojen lebih struggling. No one akan berubah right after kena tegur kan, takes time.
“Saya saman dia sebab dia sentuh jenama saya. Bukan teguran biasa. Attach muka, attach video brand sekali dan that’s so wrong information,” tegasnya.
Sumber - Threads