Skip to main content

Jaslinda Semakin Pulih, Dibenarkan Keluar Hospital Beberapa Hari Lagi

IMG 5326

Sekilas

  • Jaslinda Saludin, pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, kini dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan pemulihan positif di Hospital Tapah.
  • Berat badannya susut hampir 10 kilogram selepas 14 hari hilang, dengan beberapa luka dan kecederaan kaki, namun beliau boleh makan, bercakap dan berkomunikasi seperti biasa.
  • Jaslinda ditemui oleh masyarakat Orang Asli dan menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital, dan beliau berharap dapat cepat sembuh untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya.
Advertisement

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, kini berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif.

Pengarah Hospital Tapah, Dr. Wan Immi Salim berkata, mangsa semakin pulih dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi sekiranya tiada sebarang komplikasi kesihatan.

Advertisement

Menurut beliau, pihak hospital masih menjalankan pemantauan rapi terhadap keadaan Jaslinda, termasuk aspek fizikal dan emosi sepanjang menerima rawatan di wad.

Katanya, berat badan Jaslinda Saludin susut hampir 10 kilogram selepas 14 hari hilang.

“Pada masa ini, keadaan beliau stabil. Terdapat beberapa luka pada badan akibat berada dalam hutan untuk tempoh yang lama selain kecederaan pada kaki.

Bagaimanapun, beliau berada dalam keadaan yang sangat baik, boleh makan, bercakap dan berkomunikasi seperti biasa. Perkembangan yang ditunjukkan juga amat positif setakat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keadaan terkini Jaslinda yang menerima rawatan di Hospital Tapah.

Dr Wan Immi mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi melawat Jaslinda di hospital itu.

Sementara itu, Mohd Azlan turut berkongsi, Jaslinda memaklumkan mahu cepat sembuh dan keluar dari hospital kerana mahu menghadiri majlis konvokesyen anaknya nanti.

“Beliau menyatakan nak cepat keluar untuk bekerja semula juga, jadi di peringkat kami di kerajaan negeri, akan cuba membantu semampunya. Terima kasih kepada semua pihak, yang penting beliau sihat walaupun ada sedikit kecederaan di kaki,” katanya.

Pada Sabtu, Jaslinda ditemukan oleh masyarakat Orang Asli dari Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Menyelamat dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan.

Sumber: Berita RTM

Anda mungkin berminat dengan

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

Dovewill Full Face Bicycle Helmet Mountain Bike Helmet Comfortable Protective Gear Cycling Helmet Bicycle Helmet for Men And Women

Dovewill Full Face Bicycle Helmet Mountain Bike Helmet Comfortable Protective Gear Cycling Helmet Bicycle Helmet for Men And Women

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement