Skip to main content

'Jaslinda Tak Tinggal Solat Selama Sesat Dalam Hutan'

Astrogempak

Sekilas

  • Jaslinda Saludin, 49, berjaya bertahan lebih dua minggu sesat di hutan dengan tetap menunaikan solat lima waktu walaupun tanpa jam atau penunjuk waktu.
  • Dia menggunakan kedudukan matahari sebagai panduan waktu solat dan tidur berselubung plastik sampah sebagai perlindungan malam.
  • Jaslinda kini dirawat di Hospital Tapah dengan keadaan fizikal yang semakin baik, namun memerlukan masa untuk pulih dari segi mental.

Dalam keadaan sesat dan bersendirian di tengah hutan selama lebih dua minggu, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, tetap tidak meninggalkan solat lima waktu.

Suaminya, Haszman Othman, 61, berkata, amalan itu menjadi pegangan utama isterinya sepanjang berdepan detik mencabar tanpa bekalan mencukupi untuk terus bertahan hidup.

"Saya tahu dia macam mana dan memang betul, dia tak tinggal solat pun.

"Dalam keadaan serba kekurangan dan terputus hubungan dengan dunia luar, dia tetap tunaikan lima waktu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah pada Selasa.

Menurutnya, walaupun Jaslinda tidak mempunyai jam atau penunjuk waktu, wanita itu menggunakan kedudukan matahari sebagai panduan untuk menentukan waktu solat sepanjang berada di dalam hutan.

"Dia mungkin tak tahu hari atau waktu tepat, tapi janji cukup lima kali sehari. Dia memang jenis begitu... berserah sepenuhnya kepada Allah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bagaimana isterinya bertahan dalam keadaan serba kekurangan termasuk ketika berehat pada waktu malam.

“Dia tidur berselubung dengan plastik sampah yang dibawa bersama. Itu sahaja perlindungan dia dalam hutan,” katanya.

Haszman turut menyifatkan keselamatan isterinya daripada ancaman binatang buas sebagai sesuatu yang sukar dijelaskan secara logik, sebaliknya percaya ia berlaku dengan izin dan perlindungan Allah.

“Mungkin berkat solat dia... kita fikir hutan rimba, macam-macam boleh jadi. Tapi Allah lindungi dia,” katanya.

Haszman berkata, keadaan kesihatan Jaslinda yang dirawat di Hospital Tapah sejak Sabtu lalu sudah menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan keluar hospital hari ini.

"Dari segi fizikal dia nampak dia okey, tetapi bagi saya mental dia belum cukup kuat. Perlu beri dia ruang rehat secukupnya," kataya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement