Skip to main content

Drama

Jason Chong Anggap Nak Pastikan Perjalanan Emosi Pelakon ‘Bad Cop’ Paling Mencabar - “Terutama Watak Aiman Hakim Ridza…”

Bad Cop

Sekilas

  • Pengarah Jason Chong dedahkan cabaran terbesar dalam siri Bad Cop adalah memastikan pelakon lalui perjalanan emosi yang kuat untuk tunjuk perkembangan watak, terutama Aiman Hakim Ridza.
  • Siri premium ini adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 dan menampilkan isu sosial seperti penipuan identiti serta penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.
  • Bad Cop mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran.

Pengarah Jason Chong mendedahkan untuk memastikan pelakon dalam siri premium, Bad Cop melalui perjalanan emosi bagi menunjukkan perkembangan watak mereka merupakan cabaran terbesar. 

 

Menurut Jason lagi, watak yang dilakonkan pelakon Aiman Hakim Ridza yang memerlukan perjalanan emosi yang kuat bagi menunjukkan perkembangan karakternya. 

 

“Dalam siri ini, banyak perkara telah dirancang. Tetapi bagi saya, tak semestinya perkara yang dirancang itu yang paling sukar untuk dilaksanakan. 

 

“Ini kerana saya rasa kami mempunyai pasukan yang hebat yang bekerja dalam semua aspek, daripada rekaan produksi, kamera dan sebagainya. 

 

“Jadi dari segi pelaksanaan, mungkin itu bukan bahagian yang paling sukar. Tetapi apa yang lebih mencabar ialah memastikan pelakon melalui perjalanan emosi yang kuat bagi menunjukkan perkembangan watak mereka. 

 

“Saya rasa bahagian itu yang paling sukar — ia benar-benar sebuah roller coaster emosi. Terutamanya watak Aiman. 

 

“Jadi, bagi saya, itu perlu berada di tempat yang sesuai. Dan itu yang paling sukar untuk dilakukan sepanjang masa,” kongsi Jason. 

 

Astro Originals mempersembahkan siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.

 

Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.

 

Bad Cop mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran.

Must-Watch Video

Advertisement