Skip to main content

Jazmy Juma Letak Had Dalam Babak Romantik, Kongsi Penerimaan Isteri - "Memang Tiada Masalah Tetapi..."

Jazmy Juma Letak Had Dalam Babak Romantik, Kongsi Penerimaan Isteri - "Memang Tiada Masalah Tetapi..."

Sekilas

  • Jazmy Juma menetapkan had dalam babak romantik kerana statusnya sebagai suami dan kesedaran terhadap penonton drama yang menonton pada waktu malam.
  • Jazmy menegaskan bahawa dia tetap memikul tanggungjawab sebagai pelakon tetapi perlu kawal apa yang dipaparkan terutama kepada penonton muda.
  • Isterinya, Farah Athirah Rozman, sangat memahami kerjaya seni Jazmy dan tiada isu berkaitan babak romantik dalam lakonannya.
Advertisement

Pelakon, Jazmy Juma, mengakui telah meletakkan had atau limitasi dalam babak romantik memandangkan dirinya kini sudah bergelar suami orang.

Menurut Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan berkata bahawa keputusannya itu bukanlah kerana dia ingin mengelak dari  tanggungjawabnya sebagai anak seni, sebaliknya dia tidak mahu statusnya memberi kesan kepada penonton.

Advertisement

"Bukan sebab saya tidak mahu pikul tanggungjawab sebagai seorang pelakon, tetapi saya kena sedar yang saya berlakon di mana, ditayangkan di mana dan siapakah penonton yang menonton cerita itu nanti.

"Apapun yang terjadi, tanggungjawab tetap kena pikul tetapi saya perlu fikirkan apa yang bakal ditunjukkan kepada anak-anak muda yang menonton drama lakonan saya pada setiap jam 7 malam.

"Mungkin ada yang terlepas pandang, tetapi saya tetap cuba mengawal perkara itu," katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai penerimaan isteri berkaitan babak-babak romantik, Jazmy berkata perkara tersebut bukanlah sebuah isu memandangkan isterinya, Farah Athirah Rozman amat memahami kerjaya seninya.

"Macam semua orang dah tahu, saya dengan dia dah lama (menjalin hubungan). Jadi, saya mempunyai sistem sokongan yang baik memandangkan saya pun dah lama berlakon.

"Saya rasa tiada isu dan sehingga sekarang memang tiada masalah, tetapi saya pun manusia biasa sahaja," ujarnya.

Sekadar info, Jazmy telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Farah Athirah Rozman dalam sebuah majlis akad nikah pada 27 Jun 2026.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement