Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
kaharKaplaHighCouncil

Dari Siri Premium TV Ke Layar Perak, Kahar: Kapla High Council Terus Cipta Fenomena

Mya Amri 13/12/2024 | 11:55 MYT
Bermula dengan siri premium terbitan Astro Originals, Projek: High Council, ternyata naskhah ini telah mencipta fenomena yang tersendiri.

Watak ikonik Kahar cipta fenomena

Dengan jalan cerita menarik, penuh emosi dan persembahan cemerlang watak ikonik seperti Kahar dilakonkan oleh Amir Ahnaf dan pelakon lain yang terlibat meninggalkan kesan buat penonton.
Malah ribuan peminat sanggup bersesak-sesak di pusat beli belah KLCC semata-mata untuk bertemu para pelakon High Council tahun lalu menjadi bukti nyata bagaimana fenomena sebuah drama lokal juga selayaknya dipuja bak bintang dari Korea Selatan.
Fenomena itu bukan sahaja menjadi bukti kehebatan naskhah siri tersebut, bah kan Projek High Council juga menjadi satu-satunya siri lama yang masih kekal di carta top 10 Netflix dan Astro Go.
Naskhah Projek: High Council ini merupakan sentuhan magis duo Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria.

Kahar: Kapla High Council

Filem arahan sutradara, Razaisyam Rashid yang berjudul Kahar: Kapla High Council dibawa ke layar perak selepas siri Project: High Council yang dipelopor oleh pengarah, Anwari Ashraf, menjadi fenomena sewaktu ditayangkan di saluran Astro.
Masih mengekalkan karakter utamanya, Kahar yang dimainkan oleh bintang berbakat besar, Amir Ahnaf dapat dilihat jelas fasa perubahan watak itu berjaya dilakonkan dengan begitu cemerlang.
Filem ini juga turut diseimbangkan dengan lakonan hebat Aedy Ashraf yang membawakan watak Beja iaitu abang kepada Kahar.
Tiada istilah siapa overshadow siapa kerana teraju utama termasuklah para pelakon lain yang terlibat juga memainkan karakter masing-masing dengan stail tersendiri seperti Sky Iskandar, Khenobu, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris dan Thompson Goh.

Project: High Council menjadi program televisyen pertama yang sukses dibawa ke layar perak sebagai filem prequel, Kahar: Kapla High Council.

Malah kutipan filem ini juga sudah mencecah RM10 juta sejak ditayangkan di pawagam 28 November lalu.

Kahar: Kapla High Council Bakal Ada Sambungan? Nantikan 18 Disember Ini

Bagi yang menonton, sudah ada yang tertanya-tanya tentang babak di bahagian ‘end credit’ Kahar: Kapla High Council.
Babak tersebut mengimbas kembali sebuah pusara yang berada di Kudrat dan di batu nesan pula tertera tiga nama pelajar.
Babak itu seolah-olah memberikan bayangan filem tersebut bakal mempunyai sambungannya sama ada prekuel atau sekuel.
Segalanya akan terjawab pada 18 Disember 2024 kerana Astro Shaw akan mengumumkan sesuatu pada tarikh tersebut.
Kahar: Kapla High Cooncil diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam termasuklah Singapura.
#Astro Shaw #Fenomena #High Council #Kahar #Project High Council
;