kaharKaplaHighCouncil
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Filem aksi yang hangat diperkatakan sepanjang tahun 2024, Kahar: Kapla High Council, akan menemui penonton menerusi akses eksklusif di platform Astro First menerusi saluran Astro bermula 16 Januari dan peranti pilihan anda, sooka bermula 23 Januari depan.
Kahar ke pasaran antarabangsa
Lebih mengujakan, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital ini turut melangkah ke pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan di pawagam-pawagam Kemboja bermula 24 Januari 2025.
Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton yang terus menyokong naskhah tempatan.
“Filem Kahar: Kapla High Council telah mendapat sambutan hebat dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas sokongan padu ini.
“Rentetan daripada itu, kami tidak teragak-agak untuk terus mempersembahkan filem ini di Astro First secara eksklusif bagi memberi peluang lebih ramai menikmatinya.
“Filem ini bukan sahaja sebuah hiburan, tetapi juga sebuah karya yang mencerminkan realiti sosial, serta membicarakan isu kritikal seperti institusi kekeluargaan.
“Jadi, untuk kempen di Astro First, kami membawakan mesej ‘Hentikan Keganasan, Segalanya Bermula Dari Rumah’, dengan mengharapkan naskhah ini dapat memberi kesedaran.
“Kami juga amat gembira untuk mengumumkan Kahar: Kapla High Council akan ditayangkan di Kemboja dan ini membuka ruang untuk penonton di sana turut menikmati filem ini selain mengangkat cerita tempatan ke pentas global,” ujarnya.
Kahar: Kapla High Council baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei dengan mencatatkan kejayaan kutipan lebih RM13 juta.
Buat penonton Malaysia yang tidak berkesempatan menyaksikan naskah ini di layar perak, mahupun yang ingin mengulang tonton, boleh menikmati filem ini menerusi saluran Astro dan sooka dengan harga RM29 (tidak termasuk cukai) dalam tempoh 48 jam.
Pelakon Kahar bakal temui penonton
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat dan penonton, pelakon-pelakon Kahar: Kapla High Council akan menemui penonton bertuah menerusi dua peraduan, #ChillKaplaAtHome dan #DateWithKudratBoys.
Peraduan #ChillKaplaAtHome
Penonton perlu melanggan filem ini di Astro First menerusi saluran Astro atau njoi, dan merakam video kreatif untuk dimuat naik di media sosial dengan tag akaun media sosial @astrofirst.official (instagram) @astrofirstofficial (TikTok) dan @astroshaw (Instagram) @astroshawofficial (TikTok).
Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info melalui akaun Astro First di platform digital. Penonton bertuah berpeluang menerima kehadiran pelakon Kahar: Kapla High Council di rumah dan meluangkan masa bersama.
Peraduan #DateWithKudratBoys
Menerusi peranti sooka, penonton perlu melanggan filem ini dan penonton perlu merakam video kreatif di salah satu pameran ‘Diorama Display Kahar : Kapla High Council’ bertempat KL Eco City Mall, Kuala Lumpur, seterusnya memuat naik video tersebut di media sosial dengan tag akaun media sosial @astrofirst.official (instagram) @astrofirstofficial (TikTok) dan @astroshaw (Instagram) @astroshawofficial (TikTok). Pemenang bertuah berpeluang untuk makan malam istimewa bersama pelakon-pelakon Kahar: Kapla High Council.
Diorama Display Kahar: Kapla High Council adalah sebuah miniature watak Kahar dan Beja dengan tiga gaya berbeza yang membawa mesej kempen filem iaitu #StopViolence. Penonton boleh temui miniature ini di tiga lokasi pameran berbeza di KL Eco City Mall, Kuala Lumpur bermula 16 Januari 2025.
Filem ini mengembalikan watak Kahar daripada siri terdahulu dan dilakonkan oleh Amir Ahnaf, serta barisan pelakon lain seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmat, serta penampilan istimewa Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop) dan Ameer Asyraf.
Filem ini turut mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja, serta membicarakan isu kritikal seperti mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.
Kahar: Kapla High Council diarahkan Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project: High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
SINOPSIS:
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar pada tahun 2005, setahun sebelum berlakunya peristiwa dalam siri Project: High Council. Kahar merupakan seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).
Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.
Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Saksikan filem Kahar : Kapla High Council di platform Astro First menerusi saluran Astro bermula 16 Januari dan peranti pilihan anda, sooka bermula 23 Januari depan.
Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.
Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar.
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Must-Watch Video