gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Album Tradisional Hujung Tahun Ini - "Selepas Konsert Saya Akan..."
HIBURAN
DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
HIBURAN
"Lima Tahun Ni Saya Tempuh Macam-Macam, Baru Lalui Fasa Patah Hati Teruk!" - Aisha Retno
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

KAHARKAPLAHIGHCOUNCIL

“I'm Beyond Proud!” - Nabila Huda Menangis Tonton Filem Kahar: Kapla High Council, Puji Lakonan Semua Yang Terlibat

Mya Amri
Mya Amri
08/12/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
“I'm Beyond Proud!” - Nabila Huda Menangis Tonton Filem Kahar: Kapla High Council, Puji Lakonan Semua Yang Terlibat
Pelakon, Nabila Huda menyatakan rasa bangga selepas menonton filem yang menjadi bualan ramai iaitu Kahar: Kapla High Council.

Bangga dan puas hati, puji lakonan bakat baharu

Nabila menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata dia berpuas hati dengan lakonan pelakon yang terlibat selain mengalirkan air mata selepas menonton filem tersebut.

“Saya telah menonton Kahar: Kapla High Council dan saya amat berbangga dengan semua yang terlibat!

“Pelakon-pelakon baharu benar-benar menyerlah, jalan cerita sangat sempurna dan setiap butiran begitu cantik.

“Saya sangat menyukai setiap watak termasuklah watak tambahan. Saya benar-benar sukakannya. Ikatan antara adik-beradik itu terasa sangat real dan ya, saya menangis!

“Tahniah kepada seluruh pasukan tenaga kerja, anda semua memang layak untuknya,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)
Selain Nabila, aktor Sharnaaz Ahmad juga turut mengucapkan tahniah atas kutipan RM6.5 juta yang diraih oleh filem itu pada Jumaat.

Kahar: Kapla High Council Bakal Ada Sambungan? Nantikan 18 Disember Ini

Bagi yang menonton, sudah ada yang tertanya-tanya tentang babak di bahagian ‘end credit’ Kahar: Kapla High Council.
Babak tersebut mengimbas kembali sebuah pusara yang berada di Kudrat dan di batu nesan pula tertera tiga nama pelajar.
Babak itu seolah-olah memberikan bayangan filem tersebut bakal mempunyai sambungannya sama ada prekuel atau sekuel.
Segalanya akan terjawab pada 18 Disember 2024 kerana Astro Shaw akan mengumumkan sesuatu pada tarikh tersebut.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Council pada 13, 14, 15 Disember di Terengganu dan Pahang.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi.
Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.

Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam termasuklah Singapura.

Topic Berkaitan
#Nabila Huda
#Astro Shaw
#Kahar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement