,
kaharKaplaHighCouncil

Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

Mya Amri
19/06/2024
05:55 MYT
Pelakon Aedy Ashraf meluahkan perasaan gembira apabila penantiannya untuk berlakon menggunakan loghat Kelantan dalam naskhah seni akhirnya tercapai.

Anak kelahiran Kelantan

Menurut Aedy, selama 23 tahun berada dalam dunia seni, dia tidak pernah ditawarkan watak sebagai anak Kelantan walaupun dirinya berasal dari negeri pantai timur itu.
“Saya orang Kelantan dan dilahirkan di sana. Saya membesar di Kuala Lumpur, bapa saya orang Kelantan, keluarga juga masih ada lagi di sana.

“Tapi sepanjang penglibatan dalam bidang seni tidak pernah ada tawaran watak yang memerlukan saya untuk bercakap dialek Kelantan.

“Ada bahasa Perak, Kedah, Pahang, semua saya boleh buat sebab saya belajar. Tetapi saya ternanti-nanti juga bila lagi nak dapat watak di mana datangnya tempat kelahiran saya sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tak sabar nak bertutur dialek Kelantan

Disebabkan itu juga, Aedy berkata dia tidak sabar melihat hasil lakonannya menerusi karakter Beja dan memberikan sehabis baik untuk karakter dalam filem Kahar Kapla High Council.
“Bila saya diberitahu ada sesi uji bakat untuk watak Beja dalam filem itu, terus saya cuba nasib.

“Mungkin inilah masanya untuk saya tunjukkan dekat orang saya boleh bertutur dialek Kelantan sebab sebelum ini saya tidak pernah beritahu orang lain.

“Saya boleh cakap, boleh lah sikit-sikit orang kata. Kita pula orang Kelantan kan.

“Alhamdulillah, saya rasa lega apabila penulis skrip beritahu cara saya sampaikan watak Beja itu begitu dekat dengan apa yang dibayangkannya,” jelas Aedy.
Selain Aedy, pelakon lain yang turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Amir Ahnaf, Sky Islandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Kahar Kapla High Council yang diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.
Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Temui Bintang Korea Yeo Jin Goo, Amir Ahnaf, Mierul Aiman & Aedy Ashraf Di Sunway Pyramid 23 November Ini!

gempak
12/11/2024
02:01 MYT
KC Global Media berkolaborasi dengan Astro menganjurkan One Astro Fan Fest dengan menampilkan bintang terkenal Korea Selatan, Yeo Jin Goo.
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"

gempak
05/11/2024
01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Hiburan

Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Idayu menafikan dakwaan dirinya antara yang ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki ribuan pil kuda di Sungai Golok,Narathiwat, Thailand.
Hiburan

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

gempak
02/11/2024
06:20 MYT
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Unitar