Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

Mya Amri
19/06/2024 05:55 MYT
Pelakon Aedy Ashraf meluahkan perasaan gembira apabila penantiannya untuk berlakon menggunakan loghat Kelantan dalam naskhah seni akhirnya tercapai.

Anak kelahiran Kelantan

Menurut Aedy, selama 23 tahun berada dalam dunia seni, dia tidak pernah ditawarkan watak sebagai anak Kelantan walaupun dirinya berasal dari negeri pantai timur itu.

“Saya orang Kelantan dan dilahirkan di sana. Saya membesar di Kuala Lumpur, bapa saya orang Kelantan, keluarga juga masih ada lagi di sana.

“Tapi sepanjang penglibatan dalam bidang seni tidak pernah ada tawaran watak yang memerlukan saya untuk bercakap dialek Kelantan.

“Ada bahasa Perak, Kedah, Pahang, semua saya boleh buat sebab saya belajar. Tetapi saya ternanti-nanti juga bila lagi nak dapat watak di mana datangnya tempat kelahiran saya sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tak sabar nak bertutur dialek Kelantan

Disebabkan itu juga, Aedy berkata dia tidak sabar melihat hasil lakonannya menerusi karakter Beja dan memberikan sehabis baik untuk karakter dalam filem Kahar Kapla High Council.

“Bila saya diberitahu ada sesi uji bakat untuk watak Beja dalam filem itu, terus saya cuba nasib.

“Mungkin inilah masanya untuk saya tunjukkan dekat orang saya boleh bertutur dialek Kelantan sebab sebelum ini saya tidak pernah beritahu orang lain.

“Saya boleh cakap, boleh lah sikit-sikit orang kata. Kita pula orang Kelantan kan.

“Alhamdulillah, saya rasa lega apabila penulis skrip beritahu cara saya sampaikan watak Beja itu begitu dekat dengan apa yang dibayangkannya,” jelas Aedy.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Selain Aedy, pelakon lain yang turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Amir Ahnaf, Sky Islandar, Thompson Goh dan Khenobu.

Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.

Kahar Kapla High Council yang diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Aedy Ashraf #Kelantan #Dialek #Anak Kelantan #High Council #Kahar Kapla High Council #Beja #Kelate