Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Project Universe Himpunkan Project: High Council, Project: Anchor SPM, Project: Exit & Kahar: Kapla High Council, Ini 9 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Mya Amri
26/10/2024 21:55 MYT
Selepas siri premium Project: High Council mencipta fenomena luar biasa, Astro Shaw mengambil langkah mengembangkan jenama ‘Project’.

Jenama Project Universe

Jenama itu dikembangkan menerusi perancangan yang lebih besar dengan memperkenalkan ‘Project Universe’ iaitu satu dunia sinematik yang menghimpunkan kesemua karya yang mengangkat kisah-kisah remaja dalam genre coming-of-age.

Project Universe terdiri daripada naskhah seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council dan Project; Exit, termasuklah filem yang akan meneruskan legasi universe ini iaitu Kahar: Kapla High Council. Filem yang bakal ditayangkan pada November nanti merupakan prekuel kepada Project : High Council yang memfokuskan kepada watak Kahar.

Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad atas sambutan luar biasa tersebut, Astro Shaw berhasrat untuk terus mencipta sejarah dalam transformasi landskap seni hiburan tempatan dengan memperkenalkan Project Universe.

“Genre coming-of-age semakin mendapat tempat di hati penonton selepas kemunculan Project: High Council dan Project: Anchor SPM.

“Rentetan sambutan luar biasa tersebut, Astro Shaw berhasrat untuk terus mencipta sejarah dalam transformasi landskap seni hiburan tempatan dengan memperkenalkan Project Universe.

“Ini adalah satu langkah strategik untuk mempersembahkan jalan cerita yang melahirkan watak-watak ikonik ke dalam satu dunia yang lebih besar dan lebih mengujakan.

“Menerusi Project Universe, kami mengangkat kisah remaja yang bukan sahaja menghadapi liku-liku kehidupan, tetapi realiti isu sosial yang berlaku di luar sana yang merentasi sempadan kreativiti.

“Lebih dari itu, ia bukan sekadar pengalaman tontonan biasa. Kami mahu penonton menjadi sebahagian daripada Project Universe menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan eksklusif yang akan kami bawakan.

“Antaranya sesi beramah mesra bersama watak-watak kegemaran, mendapat koleksi ‘merchandise’ rasmi, malah berpeluang untuk muncul di dalam mana-mana produksi dan banyak lagi,” katanya.

Dalam pada itu, majlis memperkenalkan Project Universe yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam ini juga menyaksikan Astro Shaw bersama rakan kerjasama iaitu HM Entertainment, ZAK Capital dan GSC turut memberi peluang kepada peminat untuk menjadi orang yang pertama menyaksikan treler dan poster rasmi Kahar: Kapla High Council.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Antara barisan pelakon yang hadir adalah Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ayie Khairie dan Hasnul Rahmat, serta pengarah Razaisyam Rashid bersama penulis skrip, Anwari Ashraf.

Senarai aktiviti menarik Project Universe

Selain itu, antara aktiviti menarik untuk peminat menjadi sebahagian daripada Project Universe adalah:

1. Festival Project

Berlangsung selama dua hari, 26 dan 27 Oktober di Setia City Mall, Shah Alam. Peminat boleh beramah mesra bersama barisan pelakon Kahar: Kapla High Council, para pelakon daripada kandungan program Astro yang lain, serta membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif, dan menyertai aktiviti menarik.

2. Siri Jelajah Kahar: Kapla High Council

Barisan pelakon akan menemui penonton di pawagam-pawagam terpilih pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

3. Sim Pek Eksklusif Kahar: Kapla High Council
Edisi Khas Tune Talk, Sim pek Tune Talk edisi Kahar: Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council.

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.

4. Merchandise rasmi eksklusif

Koleksi hoodie rasmi Kahar: Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu.

Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju- t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang. Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.

5. Menu Makanan Istimewa Bertemakan Kahar: Kapla High Council

Peminat boleh menikmati juadah istimewa Kahar : Kapla High Council seperti Nasi Goreng Kudrat, Nasi Lemak Panggung dan Kahar Favourite Sirap di restoran Luck Bros Kopi sekitar Lembah Klang.

Setiap pembungkusan juadah akan disertakan dengan gambar bertemakan filem, beserta cabutan bertuah untuk memenangi tiket ke malam gala. Peminat boleh mengabadikan kenangan dengan dekorasi khas Kahar : Kapla High Council di restoran tersebut.

6. Kerjasama dengan NGO

Filem ini turut mendapat sokongan daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan maklumat dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.

Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.

7. Roadblock Kahar: Kapla High Council

Buat pertama kali dalam sejarah, pada hari pertama tayangan filem di pawagam iaitu 28 November, Kahar : Kapla High Council akan mengambil alih semua platform seperti radio, televisyen, media sosial dan papan iklan di sekitar Lembah Klang dengan menayangkan video pesanan khidmat masyarakat Kahar : Kapla High Council dalam tempoh 24 jam bagi memberi kesedaran awam tentang kempen anti buli dan keganasan. Barisan pelakon juga akan mengambil alih tugas penyampai radio Era, radio rasmi filem Kahar : Kapla High Council.

8. Episod Istimewa Kahar: Kapla High Council

Program berdurasi 30 minit ini akan membawa penonton menyaksikan titik permulaan perjalanan barisan pelakon filem ini dari awal pencarian uji bakat sehingga pemilihan pelakon.

Program ini boleh disaksikan di On Demand, Astro Go dan pop up channel Kahar : Kapla High Council saluran 111 bermula 11 November.

9. Laman sesawang

Portal rasmi filem yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my.

Nantikan filem Kahar: Kapla High Council yang akan berada di pawagam bermula 28 November.

Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.

Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

#Astro Shaw #Project: Exit #Project Universe #Kahar: Kapla High Council #Project: Anchor SPM #Project: High Council
;