Skip to main content

Selebriti

“Kalau Betul Niat Nak Curang, Saya Takkan…” - Harris Alif Jawab Dakwaan ‘Microcheating’, Tahu Batas & Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Harris Alif

Sekilas

  • Pelakon Harris Alif menafikan dakwaan melakukan 'microcheating' terhadap isteri, Intan Ladyana, dan menjelaskan video tular itu hanyalah watak dalam permainan Roleplay (RP).
  • Harris menegaskan dia tetap seorang suami dan ayah yang tahu batas tanggungjawab dalam kehidupan sebenar, berbeza dengan watak Tommy dalam content ABRP.
  • Dia memohon maaf jika aksi dalam content tersebut menggores hati atau menyebabkan ketidakselesaan, dan menegaskan tidak pernah berniat curang secara terbuka.

Pelakon Harris Alif menafikan dakwaan netizen kononnya dia melakukan 'microcheating' terhadap isterinya Intan Ladyana yang juga pelakon.


 

Menerusi Instastory, Harris menegaskan video yang tular di laman sosial hanyalah sekadar tuntutan watak sebagai Tommy di dalam dunia Roleplay (RP) sebuah kandungan permainan atas talian.


 

“Untuk jelaskan itu adalah roleplay character (Tommy) dalam content dalam ABRP sahaja, bukan diri sebenar saya (Harris Alif). Dalam dunia Roleplay atau RP, memang ada storyline dan dialog tertentu yang ikut watak.


 

“Di luar content, saya tetap seorang Suami dan Ayah, dan saya tahu batas serta tanggungjawab saya terhadap keluarga,” katanya.


 

Pada perkongsian yang sama, Harris turut menegaskan dia tidak pernah terlintas untuk berlaku curang terhadap Intan lagi-lagi dilakukan secara terbuka.


 

Dalam pada masa sama, Harris memohon maaf sekiranya segala aksi yang dilakukan menggores hati atau menyebabkan ada pihak kurang selesa.


 

“Tentang isu ‘microcheating’ tu kalau betul niat saya nak curang, saya takkan buat secara terbuka dekat live untuk semua orang tengok. Saya lebih tahu-jaga diri dan keluarga saya.


 

“Kalau ada yang terasa atau kurang selesa dengan

content tersebut, saya minta maaf. Itu bukan niat saya. Terima kasih yang masih faham dan support,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement