Skip to main content

Selebriti

"Kalau Betul Saya Nak Tunggang Nama Adrian, Dah Lama Saya Buat...- Shiha Zikir

Bakar isteri

Sekilas

  • Shiha Zikir menafikan dakwaan cuba menunggang populariti Adrian Adam dengan menghadiahkan lagu khas buat penyanyi muda itu.
  • Hasrat menghadiahkan lagu sudah lama wujud dan dipilih kerana bakat Adrian yang luar biasa serta sokongan keluarganya.
  • Shiha menegaskan niatnya ikhlas tanpa memikirkan keuntungan dan ingin merealisasikan impian menghasilkan lagu untuk arwah abang Adrian, Andre Mikhail.

Penyanyi, Shiha Zikir menafikan dakwaan dia cuba ‘menunggang’ populariti anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam apabila berhasrat menghadiahkan sebuah lagu khas buat penyanyi muda itu.

Menurut Shiha, hasrat tersebut sebenarnya sudah lama wujud, namun ketika itu syarikatnya masih belum bersedia untuk menghasilkan lagu buat artis.

“Kalau nak fikir logik, kalau pasal kata tunggang, saya dah tawar awal-awal sebelum dia dekat Talk To My Manager lagi sebab saya memang dah kenal mereka,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai mengapa dia memilih untuk menghadiahkan lagu tersebut, Shiha berkata dia tertarik dengan bakat Adrian yang disifatkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaikan lagu sehingga mampu menyentuh hati penonton.

“Saya rasa dia punya bakat dia tu luar biasa. Sebab bila kita tengok kat TV ni, kalau nak sampai dekat hati penonton tu, tak semua orang boleh buat.

“Dia masih muda lagi, saya rasa macam sayang kalau kita tak bagi peluang ni. Keluarga dia pun sangat supportive. Itu yang membuatkan saya macam dah tak fikir panjang dan terus tawar lagu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shiha mengakui dia memahami persepsi segelintir pihak yang mungkin mempersoalkan tindakannya, namun menegaskan niatnya ikhlas tanpa memikirkan soal keuntungan.

“Kalau betul saya ni nak tunggang isu untuk keluar lagu. Saya rasa dah ramai lah saya boleh keluarkan lagu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shiha berkongsi hasrat untuk menghadiahkan lagu kepada Adrian selepas tersentuh melihat persembahannya dalam program Talk To My Manager 2 berjudul Ku Mahu sambil berkerusi roda.

Menurut Shiha, dia ingin merealisasikan impiannya yang tidak kesampaian untuk menghasilkan lagu buat arwah abang Adrian iaitu Andre Mikhail suatu ketika dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement