Skip to main content

Selebriti

“Kalau Ikutkan Sekarang, Mesti Anak Syurga Saya Dah Setahun Enam Bulan” - Marissa Dania

Bakar isteri

Sekilas

  • Marissa Dania berkongsi video lawatan ke pusara anaknya yang meninggal dunia pramatang ketika kandungan berusia enam bulan.
  • Dalam video tersebut, Marissa menyatakan jika anaknya masih hidup, kini sudah berusia setahun enam bulan.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada Marissa atas kehilangan tersebut.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania mencuri perhatian ramai selepas berkongsi mengenai lawatannya ke pusara arwah anaknya.

Menerusi perkongsian video di Tiktok, Marissa berkongsi aktivitinya sepanjang menyambut Hari Raya Aidiladha.

Advertisement

Lebih memilukan apabila Marissa berkongsi bahawa jika anaknya masih hidup, usia si kecil itu kini sudah memasuki setahun.

“Dah petang sikit saya ziarah anak syurga saya. Kalau diikutkan usianya sekarang, mesti sudah setahun enam bulan,”katanya.

Perkongsian tersebut telah mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya sebak dengan pemergian anak Marissa sambil mentipkan kata-kata semangat buatnya.

Sekadar info, Marissa dan bekas suami, Ahmad Aslam telah kehilangan bayi sulung mereka ketika kandungannya berusia enam bulan.

Bayi mereka dilaporkan telah meninggal dunia selepas dilahirkan pramatang dan tidak dapat diselamatkan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement